Salah Ke Kalau Dia Gemuk?

March 31, 2013




So macam mana? Salah ke kalau dia gemuk?
Pendapat saya, betul apa yang dicakapkan oleh kawan Mat Luthfi tu. Kalau girlfriend dia tu betul-betul suka dekat dia, sayang dekat dia, mesti girfriend dia tu tak kisah dia gemuk ke, kurus ke. Yang penting, sayang.

Kisah Benar

Saya ada seorang saudara yang kurus je badan dia. Tetapi dia berkahwin dengan orang yang berbadan besar. Maksud besar itu, adalah sangat besar (gemuk).
Orang lain semua pelik, kenapa dia kahwin dengan perempuan tu. Tetapi dia tidak kisah pun apa orang kata. Sebab dia sayang dekat perempuan tu.
Dan sekarang mereka sudah pun mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel, debab, pipi bulat, tangan beruas-ruas dan semua orang geram tengok anak dia sebab comel sangat-sangat.
Dan mereka hidup bahagia je pun. Takde pun sampai nak pukul-pukul dengan kain, suruh kurus, kurangkan berat badan dan kurangkan makan. Sebab saudara saya tu sayang dekat isteri dia, dan terima isteri dia tu seadanya.
So jika anda ada pasangan yang gemuk, tak perlulah suruh dia kurangkan berat badan. Kesian dia…
Terimalah pasangan anda seadanya, sebab kita pun manusia biasa.. Kalau betul dia sayangkan kita, macam mana sekali pun bentuk rupa kita, dia akan terima diri kita dengan ikhlas dan seadanya, itulah sebenarnya di namakan cinta :)


** P/S: kena sangat dengan lagu terimalah sayang cintaku seadanya dari kumpulan Arrow.

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images