Cinta Jarak Jauh Tak Boleh Kekal Kot??

May 04, 2012


Kalau ada antara korang yang pernah atau sedang melalui cinta sebegini, pasti korang akan tertekan dengan setiap kata-kata yang boleh membuatkan korang hilang kepercayaan pada si dia. Mana taknya, sepatutnya korang dapat kata-kata semangat, bukannya kata yang buatkorang rasa susah hati. Kadang-kadang kata-kata seseorang tu akan membuatkan sesuatu hubungan yang baik akan menjadi goyah.

Memang tak dinafikan hubungan cinta jarak jauh ni sangat susah untuk berjaya kemungkinan hanya 50-50. Tapi tak mustahil juga akan berjaya, ada ramai yang berjaya melepasi cinta jarak jauh ini dengan perkahwinan. Jadi, kalau korang percayakan pasangan dan sama-sama setia tak mustahil hubungan itu kan berakhir dengan kejayaan.



Perkara yang selalu orang cakap bila tau kita bercinta dengan orang yang jauh :



  • "Jangan percaya sangat...entah-entah dia ada pasang spare kat sana!!"
  • "Bukan boleh percaya sangat!! nanti dia jumpa yang lawa/hensem..senang je dia berubah hati"
  • "Kenapa tak cari yang dkat-dekat je? kan senang nak dating-dating.."
  • "Takkan la dia tak peranh jumpa mana-mana pakwe/makwe kat sana?..pelik"


Sekarang ni korang yang nak bercinta ke diaorang nak bercinta? Ya, tak salah kalau diaorang ambik berat pasal korang, mungkin diaorang tak nak korang kecewa di kemudian hari. Tapi cara diaorang tu macam salah la. Cinta jarak jauh ni lebih baik cinta dengan pasangan yang dekat, sebab apa? sebab jarang jumpa,bila berjauhan kita akan saling merindu dan menghargai pasangan. Bukan nak kata cinta dekat ni tak boleh bahagia, boleh.. Jauh dekat sama je, asalkan pasangan saling mempercayai dan menjaga hubungan dengan baik.

Terpulang kepada pandangan masing-masing. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan  pengajaran.



Jodoh itu ditanganNya. Ayat ini, sering disalah guna, untuk melarang mereka yang ingin berusaha mencari jodoh yang baik buat diri mereka. Mereka ini akan sering dinasihatkan oleh sekumpulan manusia: “Tak payah usaha kuat sangat, jodoh itu di tangan Allah, Dia telah menetapkanNya.”

Apakah nasihat ini? Ya, jodoh itu di tangan Allah SWT. Justeru, kita tidak tahu. Tetapi Allah SWT telah memberikan kita petunjuk, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’ melalui firmanNya:

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” Surah Al-Baqarah ayat 221.

Jadi, memang kita tidak akan tahu ‘siapa’ jodoh kita. Tetapi kita tahu, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’. Maka bergeraklah. Cari. Risik. Selidik. Usaha dapatkan yang terbaik. Jelas Allah SWT sendiri mengisyaratkan kita untuk ‘mencari’. Lihatlah bagaimana Dia berfirman: “Dan janganlah kamu berkahwin dengan…”

Bukankah itu tandanya, pilihan di tangan kita? Kalau semuanya telah diaturkan, ditetapkan, buat apa Allah SWT pesan agar kita jangan berkahwin dengan sekian-sekian jenis orang?

Maka, sepatutnya, kita bergerak mencari. Bukannya menanti petanda-petanda ajaib. Kita ini walikah sehingga kita dapat membezakan mana satu mimpi yang Allah berikan petunjuk, mana satu mimpi mainan syaitan? Kita ini walikah sehingga kita dapat menjangka dengan tepat kebetulan-kebetulan itu adalah tanda Allah nak si fulan/si fulanah itu jodoh kita? Bukan. Kita bukan wali!

Jadi hendaklah kita berpijak di bumi yang nyata.
Bergerak secara praktikal!
Jodoh di tanganNya. Kita tidak tahu. Sebab itu kita perlu berusaha!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images