Siapa Greyson Chance?

October 21, 2011



Nama Greyson Chance tiba-tiba melonjak popular sehingga menjadi salah satu topik perbincangan hangat di laman sosial Twitter semalam. Antara sebab utama namanya meniti bibir setiap pengguna Twitter Malaysia adalah kerana dia dipilih untuk membuat persembahan di majlis berprestij Anugerah Industri Muzik 18 pada November depan.

Dalam sidang media AIM 18 yang berlangsung semalam, Greyson diumumkan bakal membuat persembahan bersama Najwa Latif, artis tempatan yang turut menerima tempias popular di laman YouTube. Tidak dinafikan pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube kepada industri muzik tempatan mahu pun antarabangsa cukup besar dan mencetuskan fenomena.

Gelombang revolusi muzik dari kaset ke YouTube semakin mendekatkan jarak pasaran sasaran dengan pemuzik. Contoh terbaik ialah penyanyi lagu Dan Sebenarnya, Yuna yang kini sedang menikmati zaman kegemilangannya bukan sahaja di Malaysia malah di Amerika Syarikat.

Bagi yang belum mengetahui siapakah Greyson Chance, jejaka yang baru berusia 14 tahun itu merupakan seorang pemain piano dan penyanyi pop kelahiran Amerika yang telah memukau pengguna YouTube dengan persembahan nyanyian dan petikan pianonya di festival muzik untuk Gred 6.

Greyson yang menjadikan Lady Gaga sebagai idolanya telah membawakan lagu penyanyi kesayangannya itu iaitu Paparazzi. Setakat ini, video itu sudah ditonton lebih 43 juta kali oleh pengguna YouTube sejak dimuatnaik pada 28 April 2010.

Setelah dua minggu video itu dimuatnaik ke laman YouTube, ia hanya ditonton kurang 10,000 kali. Namun setelah video tersebut disiarkan dalam program bual bicara popular kendalian Ellen DeGeneres pada Mei 2010, nama Greyson Chance mula menarik perhatian ramai.

Greyson turut diberikan peluang untuk membuat persembahan khas di dalam program tersebut. Tidak tamat di situ saja, Greyson turut ditawarkan untuk menjadi artis rakaman pertama eleveneleven, label milik Ellen DeGeneres.

Video Greyson yang mencetuskan fenomena itu turut dipromosikan oleh Ryan Seacrest, TVGuide, The Huffington Post, Yahoo! Music dan akaun Twitter milik Ashton Kutcher.
Sehingga kini, Greyson merupakan pemuzik ke 28 menerima langganan saluran muzik di YouTube dengan lebih 286,000 pelanggan.

Dua lagu ciptaannya, “Star” dan “Broken Hearts” turut meraih tontonan yang tinggi dengan lebih 12 juta tontonan di saluran YouTube.

Melancarkan single sulungnya yang bertajuk “Waiting Outside the Lines” pada Oktober 2010, album penuh sulung Greyson yang berjudul “Hold On ‘till the Night pula dilancarkan pada 2 Ogos lalu.


Sumber:

Laman Rasmi Greyson Chance

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images