Justin Bieber Rancang Filem Baru

October 22, 2011


SELEPAS berjaya dengan filem Justin Bieber: Never Say Never, artis popular Amerika Syarikat ini merancang untuk kembali dengan filem terbaharu.

Filem terdahulu yang menampilkan dalam bentuk dokumentari telah mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Disebabkan itu juga Justin sedang merancang sebuah filem tentang dirinya pada tahun depan.

"Saya harap musim panas tahun depan saya boleh menyiapkan sebuah filem kerana semuanya sudah bersedia dan hanya menanti jadual saya sahaja untuk penggambaran," ujarnya seperti dipetik daripada Splashnews.com.

Bagaimanapun, kata Bieber dia lebih mengutamakan konsert jelajah bagi promosi album terbarunya dalam masa terdekat ini terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang filem.

Sebelum ini, Bieber pernah memberitahu berminat untuk melakonkan watak komedi dan ingin berlakon bersama pelakon komedi Will Ferrell.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images