Lisa Surihani kongsi petua

August 04, 2011




PELBAGAI cara dilakukan bagi mendekatkan lagi hubungan antara pengguna dan peminat Lisa Surihani yang juga duta Garnier bagi berkongsi rahsia mengenai penjagaan muka bagi mendapatkan kulit lebih remaja serta cantik.

Acara Kenduri menyerlahkan Garnier Light dengan Lisa Surihani yang bertemakan cahaya dan kecerahan. Ia bertujuan bagi meraikan jenamanya terutama krim pemutihan yang dianjurkan di beberapa lokasi terpilih.
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan kepada pengunjung misalnya sesi bertemu serta fotografi bersama Lisa dan peminatnya.

Pengunjung bertuah pula berpeluang memenangi hamper eksklusif Garnier bernilai RM500 termasuk krim pemutihan Garnier Skin Natural Light Whiten & Even Moisturizing.


Antara aktiviti lain semasa Kenduri berlangsung termasuk pengedaran sampel, terapi kecantikan, soal jawab mengenai penjagaan kulit dan permainan kepada pengunjung.


Nuradila Rahman, 24, dari Subang, mengakui sekadar menemani kakaknya yang ingin berkunjung ke majlis terbabit. Namun dia teruja untuk mengetahui rahsia penjagaan kulit muka Lisa kerana kulitnya sentiasa nampak cantik.

“Kehadiran saya pada hari ini tidak sia-sia kerana dipanggil sebagai pengunjung bertuah untuk sesi soal jawab bersamanya di atas pentas. Ini sekali gus membolehkan saya bertanya soalan kepadanya mengenai penjagaan mukanya.

“Saya memang memakai produk ini dan secara tidak langsung meminati Lisa. Mungkin jika ada rezeki, saya akan berkunjung ke Kenduri di lokasi lain,” katanya selepas mengakhiri sesi soal jawab bersama Lisa di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Berbeza pula dengan pelajar, Nadia Fareha Mohd Ali Napiah, 19, yang pertama kali ingin mencuba menggunakan produk Garnier.

“Saya berkunjung ke acara ini kerana ingin mencuba rangkaian penjagaan muka Garnier yang diketahui daripada facebook.

“Saya memang meminati Lisa, jadi saya ingin tahu lebih lanjut mengenai produk penjagaan muka yang digunakannya,” katanya.

Sementara itu, menurut Lisa, program bertemu peminat terutama pengguna produk Garnier adalah satu usaha yang baik dalam merapatkan lagi hubungan secara peribadi dengan mereka.

“Selain itu, ia juga dapat memberikan pendedahan mengenai kebaikan produk berkenaan,” katanya.

Selain Nuradila dan Nadia Fareha, pengunjung lain yang berpeluang bertanyakan soalan mengenai rahsia penjagaan kulit Lisa ialah Noorashikin Rahman, Arbaiyah Abd Rashid dan Rafidah Abu Bakar.

Kenduri bersama Garnier dimulakan di Dewan Warisan Kompleks Warga Emas Shah Alam pada awal Julai lalu, turut berkunjung ke negeri lain seperti Johor, Kelantan dan Kedah.

Ia bertujuan mempromosikan krim pemutihan, Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturizing yang dihasilkan menggunakan bahan aktif semula jadi secara rapi bagi mengekalkan kualiti dan ketulenannya.

Produk ini membantu untuk memberikan hasil berganda bagi menjadikan warna ton kulit lebih sekata dan cerah serta membantu mengurangkan dan menghalang kemunculan bintik hitam.

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images