Seks luar nikah..buang anak..penyelesaiannya

June 26, 2011

Terpanggil oleh kes buang anak yang semakin berleluasa sekarang ini ..saya dengan rasa
sedih ingin berkongsi pendapat dengan semua tenteng jalan penyelesaiannya.
Saya rasa korang semua tentu biasa terbaca kes buang anak yang majoritinya rasa saya lebih kepada orang melayu islam.(Maaf jika ada yang tersinggung).
Disini saya minta pendapat semua tidak kira bangsa mengapakah ini berlaku? Adakah kerana kekangan agama atau sikap masyarakat melayu islam yang memandang hina golongan yang mengandung di luar nikah menyebabkan terjadinya kes ini. Adakah kerana malu bila mengetahui anak atau
saudara mengalami masaalah ini jalan peyelesaiannya dengan buang anak?

Jalan penyelesaian :

-mudahkan proses pernikahan, Islam itu mudah jangan susahkan pasangan muda yang nak bernikah.Kita harus bersikap terbuka & think positive.

-Jalan penyelesaian paling mujarab bagi masalah ini adalah kembalinya manusia kepada hukum hudud. Hukum hudud adalah alat pencegahan paling baik. Lebih 60 peratus kes buang bayi adalah dari kaum Melayu yang beragama Islam, maka amat wajarlah jika kita kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa, Allah SWT.
Dengan tertegaknya hukum syariah ini, mana mungkin anak muda mahu atau mendekati seks luar nikah. Hukuman sebat 100 kali ke atas pesalah zina bukanlah kejam jika hendak dibandingkan dengan kekejaman jenayah buang bayi. Apa salahnya jika kita merenung kembali di mana puncanya. Persekitaran sekarang adalah lebih menjurus kepada berlakunya zina atau seks luar nikah. Rancangan televisyen juga seolah-olah merestui dan menggalakkan terjadinya zina dan seks luar nikah. Mencegah adalah lebih baik daripada menghukum.

-Secara pastinya..jalan penyelesaiannya Allah sudah tunjukkan "jangan mendekati zina".

-Pelbagai perkara yang boleh membawa kita ke arah penzinaan..antaranya seperti yang telah lain-lain maklumkan:video lucah,salah guna internet,terlalu bebas,kurang pemerhatian dari ibu bapa,kurang pemahaman tentang agama, couple dan banyak lagi...

-Bagi kes yang telah terlanjur...janganlah kita sebagai masyarakat mencemuh mereka,tunjukkan jalan yang sepatutnya kepada mereka dengan membimbing mereka. Fitrahnya....lagi kita mencemuh mereka,lagi jauh mereka daripada kita dan yang paling bahaya...lagi jauh daripada Allah.

-Kembali ke fitrah Allah.


Ayat Quran dan Hadis mengenai Zina

Firman Allah:
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Firman Allah bermaksud:
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7

Sabda Rasulullah s.a.w
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad

Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan. Sekadar berkongsi untuk kebaikan dan kesejahteraan sesama islam..

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images