Apa itu Rindu??

June 13, 2011

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga.

Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak. Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta.
Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an, seorang perindu yang benar-benar menjaga dan
menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan dan
ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya.

Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahuanhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah
(kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

"Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran Seumpama golongan syahid akhirat"..

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images