Istilah Perkahwinan atau Munakahat Dalam Islam

May 07, 2011


Assalamualaikum ,

Maklumat ini saya anggap berguna untuk saudara-saudara yang masih belum lagi mendirikan rumah tangga. Semoga ia menjadi panduan agar berjaya melayari bahtera perkahwinan InsyaAllah ta'ala. Selamat beramal.. :thumbup1:

Istilah Munakahat yang perlu anda ketahui:

Akad – Ijab & Kabul

Fasakh – Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak isteri kepada pihak kadhi.

Iddah – Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami.

Ijab & Kabul – Ijab adalah pernyataan dari salah salah satu pihakyang mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk
berkahwin, manakala Kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh pihak lain yang menunjukkan kerelaan dan persetujuan atas kehendak
pihak pertama.

I’lak – Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4 bulan atau ia
bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

Khuluq – Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil sebagai “tebus talak”.

Li’an – Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya
bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.


Mahar – Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab nikah sama ada berupa wang atau barang-barang bermanafaat.

Nafkah – Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya untuk keperluan isterinya.

Nikah – Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

Nikah Mahalil – Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam islam.

Nusyuz – Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap suami.

Rujuk – Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

Ta’liq - Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.

Talak – Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan perkataan tertentu seperti talak, cerai dll.

Talak Raj-i’ – Talak 1 dan 2, iaitu talak yg. dibenarkan kembali semula (rujuk) dengan tidak perlu akaq jika masih dalam iddah.
Persediaan Perkahwinan | Istilah Munakahat


Talak Ba’in – Talak 3 iaitu talak yang tidak boleh rujuk. Suami tidak boleh kembali semula kepada isterinya, kecuali isterinya telah
berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai dan setelah habis iddah.

Wali – Orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang hendak dikahwinkan.

Wali Mujbir – Wali yang terdiri dari bapa atau datok sebelah bapa kepada perempuan yang hendak berkahwin.

Wali Bukan Mujbir – Wali-wali selain dari bapa dan datok sebelah bapa perempuan yang hendak berkahwin seperti abang, wali hakim.

Walimatul urus – keramaian atau kenduri kahwin.

Zihar – Suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun dengan seseorang yang haram berkahwin dengannya.


sumber http://www.nikahkahwin.com

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images