Syarat Untuk Bahagia

April 16, 2011

Untuk bertemu dengan orang
yang tepat, kamu harus
memainkan peranan yang
penting juga. Ini kerana
sedikit sebanyak sikap kamu
mempengaruhi hubungan
yang dijalin. Jadi berikut
adalah empat syarat penting
yang harus ada dalam diri
kamu andai ingin cinta
berakhir bahagia
….


Cintailah Diri Sendiri
Sebelum Kamu Mencintai
Orang Lain


Kebanyakan dari kamu
apabila bercinta sanggup
mengetepikan kemahuan,
keinginan serta keperluan
diri sendiri demi insan yang
bergelar kekasih. Inilah
kesilapan paling besar. Andai
kamu sendiri tidak belajar
menyayangi diri sendiri
bagaimana orang lain ingin
menyayangi diri kamu. Jadi
pastikan kamu sayang diri
sendiri terlebih dahulu
sebelum kamu ingin
menyayangi orang lain.

Punya Pendirian Yang Tetap

Seorang yang punya
pendirian akan tahu apa yang
dia inginkan untuk diri dan
tidak akan berubah mengikut
cara orang lain biarpun orang
yang di sayanginya. Inilah
yang terbaik kerana apabila
kamu tidak berpendirian,
itulah yang menjadi punca
hidup mudah dikongkong
atau ditentukan oleh orang
lain. Ini secara tidak langsung
membuka ruang untuk orang
mempermainkan hati kamu.

Bahagikan Hidup kamu
Dengan Hal-hal Yang Lain


Paling sering berlaku, apabila
kamu telah menyayangi
seseorang sepenuh hidup
kamu akan di habiskan untuk
si dia sahaja. Segala hobi dan
aktiviti kamu turut dihentikan
demi untuk memberi
perhatian pada si dia. Namun
jangan lupa hidup ini bila kita
hanya bergantung pada
seseorang dan satu hal
sahaja iaitu cinta, inilah
punca utama yang boleh
membuat kamu kecewa
teramat sangat apabila
hubungan yang dibina
terputus di tengah jalan. Jadi
belajarlah membahagikan
hidup kamu dengan cinta,
kerjaya, keluarga, hobi dan
sebagainya. Percayalah kamu
akan rasa hidup akan lebih
lengkap dan bahagia bila
bijak membahagikan segala-
galanya dengan baik dan
teratur.

Berkorban Biarlah Berpada-Pada

Ada yang sanggup bersusah
payah dan menyakiti hati
sendiri demi melihat orang
yang disayangi bahagia. Tidak
salah untuk berkorban
namun berpada-padalah.Jangan terlalu meletakkan
diri kamu serendah-
rendahnya hingga sanggup
biarkan diri sendiri merana
semata-mata mahu
menggembirakan orang lain.
Hidup ini dalam hal apa pun
perlu seimbang. Sekiranya si
dia ingin gembira maka kamu
juga ada hak untuk rasa
sebegitu rupa.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images