Cara Lelaki Menguji Wanita

April 11, 2011

Lelaki... Walaupun sudah
berkali-kali si dia
mengucapkan perkataan
cinta, namun masih tidak
cukup untuk membuktikan
kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki
kriteria yang diimpikan, tetapi
bagi sesetengah jejaka itu
bukanlah faktor yang
membuatkan dia memilih
kamu. Pelbagai cara
dilakukan demi menguji
kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka
mempunyai keistimewaan dan
kelebihan tersendiri dalam
mengenalpasti kesetiaan yang
diberikan, sepanjang
menjalinkan hubungan
bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba
melakukan pelbagai cara
dalam menentukan sama ada
anda layak ataupun tidak
bertakhta di hatinya.
1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan
kebanyakan kaum
lelaki.Untuk mengetahui
sejauh mana tahap
materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering
bertanyakan soal harga,
jenama, di mana membelinya
dan tidak mahu sesekali
menyimpan barang tersebut.
Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan
pemberian yang amat
bermakna dan terus
memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan
yang murah
Reaksi kamu: Menolak
ajakannya, tidak mahu
menikmati hidangan yang
disediakan dan menunjukkan
rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan
menunaikan permintaannya
dan menikmati hidangan
dengan penuh selera. Anda
lulus.
2. Perkara yang melemahkan
perasaan wanita apabila diuji
tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki
sentiasa ingin mengetahui
sejauh mana perasaan
cemburu kekasihnya. Sama
ada berat mahupun tidak, dia
akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu
bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula
mempamerkan wajah yang
muram dan sering
menanyakan tentang hal
berkaitan keperibadian
perempuan itu sebaik sahaja
diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa
menghulurkan senyuman
bahkan memuji perempuan itu
di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di
hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan
mengatakan bahawa kamu
tidak suka dia menelefon
perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang
seolah-olah hal itu bukan
suatu masalah yang besar.
Anda lulus.
3. Hubungan bekas teman
lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana
hubungan kamu dengan bekas
teman lelaki adalah cara dia
mengetahui sejauh mana cinta
kamu terhadapnya. Ia akan
menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas
teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia
semakin sihat, kami baru saja
berjumpa pada minggu lepas".
Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya
perlu mengetahui tentang
khabar si dia, sedangkan hati
saya telah dimiliki". Anda
lulus.
Adakah kamu masih
menjalinkan hubungan
dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil
mengutuk keburukan bekas
kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih
berkawan, tetapi tidak
serapat seperti dahulu". Anda
lulus.
4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran
dan kesetiaan
daripadainsan yang paling
disayangi, si dia akan menguji
kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah
menghubungi si dia atau tidak
pernah bertanyakan tentang
dirinya dan lebih memberi
keutamaan kepada teman-
teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si
dia setiap masa dan saling
mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya
untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima
pujukan temannya dan keluar
makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan
temannya dan mengatakan
kamu tidak tertarik dengan
pujuk rayu itu. Anda lulus.

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images