Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang

April 04, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jika dilihat daripada tajuk
entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot.
Ataupun saya sekarang
tengah angau tapi nak
lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun.

Saya terdetik
untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari
seorang kawan saya yang
mahu saya post artikel
bagaimana untuk dia lupakan
seseorang. Saya bukannya
hebat sangat pun untuk bagi
pendapat ni tapi apa yang
boleh saya kongsikan saya
cuba la ye. Saya cuba yang
terbaik untuk bagi pendapat
ni. Dari pembacaan saya dan
pengalaman saya sendiri
juga..hehe

Saya hanya bagi straight to
the point je senang tentang cara-cara nak lupakan
seseorang ni tak payah nak
pening-pening kepala baca
panjang-panjang.


1) Jika anda baru putus cinta
ataupun yang seangkatan
dengannya sememangnya
anda akan bersedih. Itu
adalah normal. Yang jadi tak
normalnya bila anda buat-
buat tak sedih kononnya nak
tunjuk anda kuat yang anda
boleh lupakan seseorang itu
dengan mudah. Walaupun
ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan
seseorang yang dicintai itu.
Kalau anda sedih untuk
lupakan seseorang yang
dicintai itu keluarkan ia
dengan sepenuh hati. Tak pun
menangislah sepuas hati anda
lama-lama
kelamaan anda
akan berasa lega sikit
selepas beberapa hari. Bila
anda sudah biasa bersedih
lama kelamaan anda anda
akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan
dia.

Tips: Susah nak menangis?tengok la cita sedih2..tak pon dengar lagu cintan2 ke..hehe

2) Kadang-kadang bila anda
selalu duduk sorang-sorang
anda akan selalu terbayang-
bayangkan seseorang yang
anda suka itu. Jadi makin
susahlah untuk lupakan
seseorang itu. Habis tu apa
nak buat ek?. Senang je pergi
cari kawan dan jangan
biarkan anda duduk
keseorangan . Bila bersama
kawan ni banyak benda yang
anda boleh buat seperti
borak-borak, main apa-apa,
pergi jalan-jalan. Percayalah
bila anda bersama dengan
kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama
kelamaan anda akan dapat
melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang
boleh buat anda
happy..macam saya ni ke..haha perasan..

3) Sentiasa sibukkan diri anda
dengan apa-apa aktiviti. Bila
diri anda selalu sibuk maka
fikiran anda pun akan
menjadi sibuk juga. Anda
buat la sesuatu aktiviti yang
anda suka lakukan dan
sentiasa sibukkan diri
dengannya . Apabila fikiran
anda sedang sibuk maka
secara automatiknya anda
tidak akan mempunyai masa
untuk berfikir tentang
‘ seseorang ’ yang anda cuba
lupakan dia!. Otak tengah
busy jadi anda tak ada masa
nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda
dengan aktiviti yang banyak
mendapat pahala seperti
sembahyang, baca al-Quran,
berzikir dan banyak lagi.

4) Anda kena elakkan atau
jangan terus untuk
berhubung dengan
‘ seseorang ’ yang anda mahu
lupakan itu. Kalau anda
masih dok terhegeh-hegeh
hubungi dia lagi sampai bila-
bila pun anda tidak akan
dapat lupakan dia. Kalau
boleh jangan ada faktor apa
pun lagi yang boleh
menyebabkan anda
berhubung dengan dia seperti
ym, facebook dan lain lagi.
Bukan nak suruh putuskan
hubungan silaturrahim tapi
sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila
tidak
berhubung dengannya
lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda.

5) Terimalah realiti yang
anda perlu lupakan
‘ seseorang ’ dengan hati yang
terbuka dan nekad.
Berhentilah dari segala
macam perkara seperti
berharap, berangan,
bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya
yang anda mesti lupakan dia
walau apa sekalipun. Jangan
ada lagi didalam fikiran anda
contohnya suatu hari nanti
ke.. semua akan berubah
ke..dia masih mahu kot..atau
apa-apa jela. Anda perlu kuat
untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini
adalah realiti dan bukan
fantasi ya..


Sebagai kesimpulannya
melupakan seseorang yang
kita suka amatlah sukar
kerana ianya memerlukan
semangat yang kuat untuk
melakukannya. Ada banyak
lagi cara untuk kita boleh
lupakan seseorang itu yang
saya ceritakan disini hanyalah
sebahagiannya
sahaja. Kalau
masih tak boleh nak lupakan
juga seseorang itu anda
ingatlah kepada Allah selalu
dan juga ibu bapa kita
sendiri. Pesan saya..
‘‘Ingatlah hidup mesti di teruskan dan bukan untuk diratapi’’. Kepada kawan-kawan good luck ye. Semoga tips2 yang saya bagi ni dapat membantu anda.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images