6 Sebab Kenapa Indah Menjadi Single

April 11, 2011

Tidak berteman? Rasa sunyi?
Usah harungi detik
bersendirian dengan
perspektif pesimistik. Berikut
adalah antara alasan
mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari

Jika terasa ingin membeli
belah, jangan fikir lama-lama.
Dengan kebebasan yang ada,
anda boleh membuat apa
sahaja yang anda suka, sama
ada menonton wayang
romantik seorang diri atau ke
salun kecantikan. Jika teringin
mencuba stail rambut baru,
pergilah ke salun dan
dapatkan nasihat. Bukan
sahaja kebebasan ini dapat
memberi anda ruang untuk
mebuat perkara yang
diinginkan, anda juga dapat
berkenalan dengan lebih
ramai rakan baru tanpa perlu
risau boyfriend berasa
cemburu.

2. Jadi rakan yang baik

Sememangnya tanpa
kekasih di sisi, anda
mempunyai banyak masa
berkualiti bersama rakan-
rakan. Anda boleh ke spa
bersama-sama dan
mengadakan parti di rumah.
Bukan sahaja mengeratkan
hubungan malah memberi
peluang mengenali diri dan
rakan. Detik yang dikongsi
bersama boyfriend ke padang
bola atau futsal boleh
digantikan dengan membuat
aktiviti yang lebih berfaedah
dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa
berkualiti di rumah

Ibu bapa sering terasa
keseorangan apabila anak
gadis sudah besar dan
mempunyai boyfriend
terutamanya apabila anak-
anak sudah bekerja dan
mempunyai rumah sendiri.
Kalau single, lebih banyak
masa boleh diluangkan
bersama mereka di rumah.
Sama ada makan malam
bersama atau berbual-bual di
hujung minggu cukup
bermakna kepada kedua-dua
ibu bapa anda. Bukan itu
sahaja, anda juga boleh
membantu ibu mengemas
rumah atau menolong ayah
mencuci kereta. Hubungan
kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan
part-time

Dengan banyak masa
terluang, anda boleh
membuat kerja part-time.
Bukan sahaja memberi wang
lebih malah berpeluang
berkenalan dengan orang
baru. mungkin anda bertuah
bertemu teman baru yang
berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos

Bila berdating, perbelanjaan
akan meningkat. Bila single,
perbelanjaan boleh dijadikan
simpanan dan digunakan
untuk aktiviti yang diinginkan
seperti melancong ke luar
negara dan membeli
komputer riba baru. Anda
boleh memilih untuk makan
fast food dan pulang ke
rumah menikmati makanan
ibu. Bukan itu sahaja, anda
tidak perlu keluarkan bajet
untuk hari2 speselseperti hari
kekasih, ulang tahun dan
sebagainya.

6. Kurang beban
tanggungjawab

Anda tidak perlu risau sama
ada rakan-rakan boyfriend
sukakan anda atau tidak.
Anda juga tidak perlu risau
sama ada ibu bapabya
mempunyai impresi positif
terhadap anda. Dengan
menjadi single, anda hanya
perlu bertanggungjawab pada
diri sendiri. Segala keputusan
terletak di tangan anda dan
tak rasa gusar atau bimbang
sama ada ia akan merisaukan
boyfriend anda.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images