Rumput Dan Kasih Sayang

March 30, 2011

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada
seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang
sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih
dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan
guru tersebut berbunyi
begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana
kita nak pilih seseorang yang
terbaik sebagai orang paling
kita sayang? Macam mana
juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah,
sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...
mungkin kamu akan dapat
apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang
saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke
padang sekolah yang berada
di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan
kamu, pilih mana yang paling
cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang paling cantik
yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar
tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka
cikgu pun bertanya kepada
pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang
cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan
sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak
yang cantik tapi cikgu kata
petik yang paling cantik maka saya pun terus
berjalan ke depan sambil
mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang
lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya
tak jumpa pun yang paling
cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu
cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya
boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah
jawapannya. Maknanya,
apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita
hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang
berada di depan kita sebaik-
baiknya.

Janganlah kita
menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap
dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi
berulang. Jika kita berselisih
faham dengan orang yang
kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita
sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti
rumput tadi. Kecualilah jika
perhubungan tersebut tak
boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan
sekali lagi. Maka sayangilah
orang yang berada di depan
kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan
kasih-sayang yang kau
terima pada hari ini, kerana
jika kau meninggalkannya,mungkin kasih sayang itu
tidak akan kembali seperti
sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih
sayang Allah itulah yang
paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari
kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images