Jangan risau jika diri belum berpunya

March 27, 2011

Saya suka artikel nie.. Terjumpa dalam facebook. So saya nak share dengan kawan-kawan yang belum berpunya macam saya :))


Resah.Gelisah.Seraut wajah
termenung jauh."Orang lain
semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu
disusuli tujahan
prasangka.
"Aku x cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak
seberapa?"

"Aku tak pandai
meng'ayat' agaknya".


Mungkin begitulah kerisauan
yang memberat di minda
muda mudi yang belum
berpunya.Rasa rendah
diri,stress dan gejolak rasa
ingin memiliki membuatkan
mereka berusaha memenangi
hati dan memiliki seseorang
tanpa mengenal batas halal
dan haram.Yang
penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja
yang merana kerana cinta.Pilu
kerana walaupun mereka
sudah merasai peritnya
penangan cinta dusta,mereka
masih tak mampu mengarah
diri mencari cinta hakiki.Tidak
serik-serik lagi.Diri
diperhamba menagih cinta
sementara hingga berkonflik
dengan Pencipta cinta.Semua
batasan-Nya diredah
segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu
hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu
bertahan ke jinjang pelamin
sekalipun,percayalah bahawa
rumah tangga itu takkan
berkat.Apa tidaknya,asasnya
dibina daripada dosa dan
maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang
utuh kecuali dinaik taraf
dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan
hambar.Semuanya dah dirasa
dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak
menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di
dunia.Amat
pedih.Namun,terlalu sedikit
berbanding pedihnya hukuman
abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini
kepadamu hai remaja tanda
sayangku tak terhingga.Bagi
para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-
pilihan Allah untuk masih
mekar terpelihara sehingga
tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah.

Jangan risau jika masih belum
berpunya kerana mungkin
Allah ingin bagi ketenangan
dulu buat anda untuk terus
melangkah menggapai cita-
cita.Usah peningkan
kepala.Dia menguji anda
sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang
belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih
penting daripada apa yang
penting.Kenali prioriti anda
sekarang.Jika memang dah
sampai saat nak
memiliki,tabahlah dan
teruskan
berusaha.Ingat,pastikan waktu
nak berusaha tu anda
memang dah betul-betul
mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri
solehah ibarat memiliki dunia
dan seisinya.Sudah tentu jalan
untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku
dan banyak cabaran.Jangan
putus asa.Rasa mulialah
dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pinangan pernah ditolak.Usah
rasa malu dan terhina kerana
Allah menilai setiap usaha
selagi berjalan di landasan-
Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha
sahaja.Bagaimana?Dengan
sms siang malam?Atau
bergayut di telefon
memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?
Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri
dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips
memikat wanita solehah dan
beriman.Seabik-baiknya
gunakan orang perantaraan
untuk lebih menjaga warak
dan iman.

Seringkali,seseorang mencari
kekasih ibarat dia mendaki
gunung yang tinggi.Pepohon
berduri sanggup
diredah,curam dan jurang
sabar ditempuh.Namun,apabila dia
memilikinya,didapati insan
yang dikejar itu dedaunan
kering cuma.Begitulah
perumpamaan sia-sianya
usaha yang tak disalur dengan
suluhan petunjuk al-Quran dan
Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak
ke mana.Sudah sedia tercatat
seungkap nama di Loh Mahfuz
untuk kita.Ianya urusan yang
pasti.Apa yang tak pasti,sama
ada kita mendapatkannya
cara mulia atau
sebaliknya.Wallahu'alam..

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images