Sam keluar Bunkface?

February 18, 2011

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam
atau nama sebenarnya
Shamsul Annuar Bahrom
dikhabarkan bakal menarik
diri daripada kumpulan
tersebut dan menubuhkan
sebuah kumpulan baru iaitu
The Azenders.
Menurut sumber, keputusan
tersebut dibuat kerana Sam
mempunyai beberapa
masalah dalaman dengan
Bunkface selain tidak
gemarkan publisiti dan dunia glamor.


Justeru itu, tempat Sam akan
digantikan oleh Myo, salah
seorang daripada ahli
kumpulan Oh Chentaku.
"Myo sudah pun mula
berlatih dan membiasakan
diri dengan lagu-lagu
Bunkface dan mereka bakal
mengadakan sebuah
persembahan khas sempena
penghijrahan Sam dalam
kumpulan The Azenders
sekitar bulan April depan, ”
kata sumber tersebut.
Bagaimanapun, Bunkface
tidak menghasilkan sebarang
lagu baru dan hanya
memberi fokus kepada
perniagaan syarikat mereka,
Bunkface Production di mana
mereka sedang dalam proses
membuka sebuah studio
rakaman baru serta
mengeluarkan barangan
cenderahati kumpulan itu.
Difahamkan ahli kumpulan
Bunkface iaitu Paan dan Youk
pula masing-masing turut
dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot.

Sementara itu, Sam juga menjelaskan khabar
angin mengenai penarikan
dirinya daripada kumpulan
tersebut adalah tidak benar
tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru,
The Azenders.

"Memang saya akui ada
beberapa masalah antara
saya dalam Bunkface, tetapi
saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana
ia sebuah kumpulan yang
baru.
"Ahli-ahli kumpulan baru
saya terdiri daripada Kudut
(dram), Izal (bass) dan Ajam
(keyboard) juga mempunyai
kumpulan mereka masing-
masing.
"Penubuhan The Azenders ini
sekadar projek sampingan
saya di mana konsep muzik
yang dibawakan lebih segar
dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara
kita," katanya.
Tambah Sam, buat masa ini
dia akan memberi tumpuan
lebih kepada The Azenders
memandangkan Bunkface
sedang sibuk dengan
pengurusan studio rakaman
yang akan dibuka tidak lama
lagi.
Dalam pada itu, Sam
berharap agar kumpulan
barunya itu dapat diterima
oleh peminat-peminat muzik
dengan kemunculan lagu
yang berbeza.

Sumber : Mstar

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images