Blog Cik Emma: Respon Nora Danish selepas dikatakan menipu

01 February 2011

Respon Nora Danish selepas dikatakan menipu

Menurut Nora Danish, dia
amat terkilan apabila dituduh
sebagai punca perpisahan
Fasha Sandha dengan Jejai
sedangkan Nora Danish tidak
pernah masuk campur
mengenai hubungan mereka..
Tambah Nora Danish lagi,
hubungan Fasha Sandha
bersama Jejai memang tidak
mendapat restu keluarga
Jejai sejak dari awal
perhubungan mereka lagi..
Dan bukanya kerana hasutan
dari Nora Danish..

“ Saya memang terkilan
bila dituduh sebagai
penghasut, sedangkan
semua orang tahu siapa
bekas keluarga mertua
saya. Tuan Seri dan Puan
Seri adalah orang yang
berpengaruh dan mereka
golongan berpendidikan,
jadi tidak mungkin saya
boleh menghasut mereka
dengan benda-benda
sebegini.
“ Dari awal lagi hubungan
mereka memang tidak
direstui oleh keluarga
mertua, jadi jika hari ini
mereka putus kerana
tiada restu, itu bukan
kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang
berlaku, adalah daripada
mereka sendiri tanpa
meminta sebarang
pandangan daripada
saya.
“ Selepas berpisah, antara
saya tidak berminat
untuk mengetahui
tentang hubungan
mereka, dan saya selesa
membawa diri saya
sendiri daripada
mencampuri hal
percintaan mereka,
” luah
Nora melalui
manggaonline.
Nora Danish juga
menekankan yang dia tidak
bermaksud untuk menipu
mengenai tarikh sebenar
perpisahan Fasha Sandha dan
Jejai
… Nora hanya berkata
jujur setelah mengetahuinya
daripada mulut Jejai sendiri

“ Saya hanya beritahu
media, apa yang telah
diberitahu Jejai. Dan saya
tidak tahu ianya benar
atau pun tidak, itu semua
bergantung pada Jejai
untuk bercerita benar
ataupun tidak.
“ Jejai yang memberitahu
saya dan keluarga
sewaktu di Jepun,
katanya, dia sudah pun
berpisah dengan Fasha
sejak dua bulan lepas.
Bukan saya yang sengaja
meletakkan tempoh itu,
jika dia (Fasha) rasa saya
membuat kenyataan yang
salah, itu bermakna Jejai
memberitahu saya fakta
yang salah. Saya tidak
tahu, itu antara mereka,
dan saya harap perkara
itu juga tidak dikaitkan
dengan saya.

Info: Manggaonline

p/s: buat baik berpada-pada ,buat jahat jgn sekali. Ha ni lah padahnya kalau duk kacau rumah tangga orang :p

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma