Awan Nano- Hafiz

February 09, 2011

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan
berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi
diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan
melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau
mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba
menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai
jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu
sayang
Walaupun tak akan tercapai
jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau
bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin
termampu saksi
Setitis pun air matamu
kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau
rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas
mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering
kau rindu
Dan tak terduga hadirmu
walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia
tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai
jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika
panas mencuba menggores
pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai
jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia
tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai
jejarimu


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images