Aku bersyukur walaupun aku tak cantik

February 16, 2011

Aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...

*Kerana aku tidak cantik ..
aku tidak jadi mangsa
gangguan lelaki-lelaki yang
rosak akhlaknya.

*Kerana aku tidak cantik ..
aku dapat pelihara diri aku
daripada pandangan bernafsu
lelaki yang tidak menjaga
pandangannya.

*Kerana aku tidak cantik ..
aku selamat daripada
menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..

*Kerana aku tidak cantik..
aku tidak mendapat fitnah
dan cemburu daripada
wanita-wanita lain.

*Kerana aku tidak cantik ..
aku tidak mengharapkan
pujian daripada mana-mana
lelaki dan wanita, dan kerana
aku tak cantik, akhirnya
aku menemui insan yang
mencintai aku seadanya.

*Paling penting, kerana aku
tak cantik..
aku sentiasa mencuba untuk
menjadi cantik pada
pandanganNya. Cantik pada
pandangan manusia bukanlah apa-apa...


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images