Mak .. Engkau sumber ilhamku. .

January 21, 2011

Sembilan bulan mak mengandungkan aku, melahirkan dan menyusukan aku.

Aku maseh ingat lagi masa aku berumur 6-7 tahun, waktu tu aku menghidap penyakit buah pinggang di peringkat awal. Mak lah orang yg paling risau tentang keadaan penyakit aku , sampai sanggup berhenti kerja sebab nak jaga aku kat hospital, betapa sayangnya mak kat aku. . mak sanggup bawak aku buat rawatan susulan sampai aku betol2 sembuh.

aku bukanlah anak yang sangat baik , adakala aku mengguris perasaan mak , aku tau aku penah buat mak menangis. . Mak maafkan anakmu ini. . .

Aku dah cuba jadi anak yg baik, dengar cakap . Aku tak nak bergaul bebas ,sebab aku tak mau jd pkara yg tak elok. Aku tak nak mak aku kecewa ngan aku. .

Terima kasih mak sebab mak berjaya mendidik anak mak ni menjadi anak yg baik. Apa jer benda yang anak mak ni nak buat, mesti anak mak ni akan teringatkan mak... Saya taknak kecewakan mak yg dah lahirkan saya dan jaga saya sampai sekarang ni.

Ema sayang mak sangat2..

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images