Facebook Tak Akan Di Tutup!

January 11, 2011

Salam riadah readers. Korang semua pun dah di maklumkan tentang rumor yang mengatakan laman sosial facebook akan di tutup. Isu mengenai cerita penutupan
laman sosial Facebook yang semakin marak diperbincangkan di semua blog dan laman web.
Khabar angin yang mengatakan facebook akan ditutup
oleh Mark Zuckerberg,adalah ura-ura semata-mata.

Di bawah antara yang disebutkan laman web
Weekly World News yang di ambil dari Mark
Zuckerberg di Palo Alto,
California, Amerika Syarikat,
Sabtu (8/1/2011).

Menurut laman itu, Zuckerberg
mengaku stress mengelola
Facebook yang telah mendapat sambutan di seluruh pelusuk negara sehingga
membuatkan dirinya stress. Atas sebab itulah, dia akan menutup
laman web yang memiliki beratus
juta pengikut itu pada 15
Mac 2011. Sumber dari laman web itu turut menyatakan keputusan
Zuckerberg untuk menutup
Facebook itu terlalu berat.
Namun, Laman The Huffington
Post tidak percaya rumor
tersebut. Salah satu laman
berita yang terbesar di Amerika
Syarikat itu menyatakan isu itu
adalah khabar angin belaka. Pihaknya mengakui
khabar angin itu tersebar
begitu cepat sehingga ke
laman sosial Twitter dan
Google Trends tanpa
mengetahui cerita sebenar.

**Haha.. Pengikut setia facebook mesti senang hati dengaq cerita ni noh! Rugi la kalau depa tutup facebook..masyuk woo.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images