Novel Ombak Rindu

October 19, 2010

Hola bloggers! Ceq baru jer habis baca novel Ombak Rindu diterbitkan oleh alaf21 ,penulis novelnya Fauziah Ashaari. Pasti ada di antara hangpa semua yang dah ada baca novel ni kan?

Novel nie di terbitkan pada awal tahun 2002.
Filem ni jugak dah di filemkan dan bakal menemui penonton di pawagam tak lama lagi.

Ceq nak share sikit sinopsis novel nie kat hangpa semua.




IZZAH adalah seorang gadis
yatim piatu yang kematian
orang tua mereka akibat
kemalangan jalan raya.
justeru itu, pak saudaranya,
Taha mengambil tugas
memelihara Izzah. Isteri Taha
tidak senang dengan
kehadiran Izzah dan menuduh
Izzah membawa bencana
dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak
berhutang. Disebabkan
kesempitan wang dia sanggup
menjual anak saudaranya itu
kepada seorang tauke kelab
malam. Izzah terpaksa
mengikut kehendak pak Taha walau hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah
berkenalan dengan seorang
pelanggan bernama Hariz.
Hariz telah membeli Izzah
dengan harga yang mahal
dari tauke kelab itu dan
membawa dia keluar dari
neraka jahanam itu. Di atas
permintaan Izzah, akhirnya
Hariz berkahwin dengan Izzah
tetapi dengan syarat
semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak
Tan Sri Rashdan, iaitu model
dan pelakon terkenal tanah
air menggugat cinta Izzah
yang mula berputik kepada
Hariz. Dapatkah Izzah
menerima Mila Amylia
sebagai madunya?
Bahagiakah rumah tangga
yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah
tindakan Datuk Sufiah setelah
mengetahui cerita
sebenarnya??

Apa lagi, kalau hangpa nak tau jalan ceritanya ,dapatkan novel nie sekarang. Tak rugi punye..

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images