Tutorial: Rakan Blogger.Com, sila gunakan DISQUS di ruangan komen anda.

September 04, 2010

Perkara yang kerap menyebabkan rakan-rakan dari WordPress malas nak berkomen di Blogspot adalah kerana sistem komen blogspot yang kurang mesra pelanggan. Perkara sebegini kerap diperkatakan oleh mereka yang serius berlog. Mungkin ada yang berkecik hati dengan kenyataan ini, tapi bagi saya, lebih baik kita sampaikan sedikit info dari dok kondem
 blog dari blogspot itu dan ini.


Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk mempunyai sistem komen seperti di WordPress (pengguna Blogspot) tapi masalahnya mereka tidak tahu untuk mengubahnya. Harap dengan perkongsian kali ini, pengguna di blogspot dapat mengubah sistem komen mereka. Sekiranya berjaya, anda boleh tinggalkan komen dibawah. Kalau tak paham pon boleh la bertanya. Saya pon budak masih belajar. Kalau kita tak pandai, kita rujuk kepada yang pakar. hehe~



 langkah selanjutnya korang kena daftar dulu sistem komen ni kat Disqus.com. Selepas proses ini kita akan mulakan proses mengedit template blogger.
 
 
  Sekarang, login ke dashboard Blogger anda:- http://www.blogger.com Daripada sini, pergi ke Layout –> Edit HTML –> dan kemudiannya pilih –> Download Full Template. Tinggal kan dulu muka/helaian (page) ini. Sekarang ni… kita pergi pulak ke Login panel pada Disqus.
 

Selepas selesai muat-turun template anda tadi, sila ke pastikan yang anda sudah mengesahkan email anda (VERIFIED) pada sistem DISQUS terlebih dahulu. Seterusnya daripada sini sila ke URL:- http://disqus.com/comments/blogger/ Di sini kita akan membuat perubahan kepada template blogger anda yang sedia ada untuk menambahkan sistem komen tersebut. Sila klik butang [CHOOSE FILE] dan pilih file yang XML dari Blogger yang anda muat-turun tadi.


Sekarang ni setelah pilih file XML tadi, kita nak DISCUS mengimport semua komen-komen dari kita dan rakan pada entri yang terdahulu. Apa yang anda perlu buat adalah klik pada Use Disqus Comments on all blog entries. Any existing comments can be imported in. Seterusnya tekan butang Upload & continue.
 
Langkah seterusnya adalah menyalin semula kod yang telah dimodifikasi oleh DISQUS kedalam template blogger anda. Dari pada sini, sila salin (copy) semua kod-kod XML tersebut



Seterusnya pergi ke Blogger –> Layout –> Edit HTML. Sebelum anda menampal (paste) sila klik dulu kotak CHECK – Expend Widget Template. Pilih (select all) dan delete semua kod yang ada pada Edit HTML, kemudian gantikan semula kod XML yang diberikan oleh DISQUS tadi ke dalamnya.


Erm.. dah siap pon.. eh.. jangan lupa simpan (save) template tu ye. Lepas tuh, anda mesti la nak tayang sapa yang komen kat blogspot anda kan? Jadi gunakan widget yang disediakan khas oleh DISQUS. Jangan takut kalau entri anda tak keluar Komen pada Komentor Widget. DISQUS kadang kala mengambil masa untuk mengemaskini kedalam sistem mereka.







You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images