GINSENG KOREA

June 13, 2010


Greece terperangkap aksi pintar jaguh Asia

PORT ELIZABETH: Korea Selatan mencipta bangga buat Asia apabila merakamkan kemenangan pertama mengatasi bekas juara Eropah, Greece 2-0, semalam untuk menyalakan impian besar mereka layak ke pusingan ke-16 Piala Dunia kali ini.

Korea Selatan - barisan yang layak ke separuh akhir kejohanan sama pada 2002 - tampak lebih pantas dan pintar berbanding barisan pimpinan Otto Rehhagel dengan dua gol menerusi Lee Jung Soo dan ketua pasukan, Park Ji Sung pada setiap babak permainan. Ji sung yang menjadi inspirasi pasukan berkata: “Ini adalah gol ketiga saya dalam Piala Dunia dan saya bangga. Tetapi apa yang lebih penting adalah kemenangan pasukan. “Ini satu keputusan baik hari ini (semalam) dan kami amat teruja ketika ini.”

Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Huh Jung-Moo menambah: “Perlawanan pertama lazimnya sukar tapi pasukan saya bermain baik. Strategi kami adalah mengawal set-piece Greece dan jika kami lebih tenang, mungkin lebih banyak gol dapat dijaringkan.”

Pasukan dari Asia itu mendapatkan cengkaman baik dalam Kumpulan B dengan gol seawal minit ketujuh apabila sepakan percuma daripada pemain Celtic, Ki Sung Yueng melepasi benteng Greece untuk memudahkan Jung Soo tampil menolak masuk.

Rehhagel melakukan satu pertukaran selepas rehat menggantikan ketua pasukan, Giorgis Karagounis dengan pemain pertahanan, Christos Patsatzoglou tetapi tujuh minit kemudian Ji sung tampil menambah derita lawan dengan gol kedua.
Pemain tengah Manchester United itu menewaskan pertahanan, Avraam Papadopoulos dan Loukas Vyntra sebelum menolak masuk melepasi Tzorvas buat mencipta sorakan peminat Korea yang mengibar megah bendera mereka

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images