CUCUR BADAK

June 14, 2010

Bahan-Bahan:
600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:
½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai 10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air
Cara:
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images