Blog Cik Emma: Cara Meluahkan Sayang Kepada Seorang Lelaki

22 October 2015

Cara Meluahkan Sayang Kepada Seorang Lelaki



Kaum wanita seringkali menghadapi kesukaran untuk meluahkan perasaan sayang yang wujud di hati mereka untuk seorang lelaki. Muncul rasa was-was dalam diri kerana risau andainya  perasaan sayang yang dirasai hanya bertepuk sebelah tangan. Namun kata orang “if u never try, u will never know”.

Dalam dilema yang you hadapi ni, first of all you kena cekalkan hati you dulu. Dalam apa jua situasi, we must always be prepared. Katakan pada hati, you hanya nak luahkan apa yang you rasa, dan apa sahaja respon darinya nanti you akan bersedia untuk menerimanya.
Mula-mula try bagi beberapa hint dulu kepada dia tentang perasaan you padanya. Pastikan hint yang you bagi tu agak direct dan dia faham. Dari situ you boleh kaji respon yang you terima. Kalau respon dia positif, maksudnya you boleh ke step yang seterusnya. Namun sekiranya respon darinya negatif, hentikan memberi hint buat seketika.

Jika you mendapat respon yang positif darinya, hentikan memberi hint dan terus meluahkan padanya seikhlas yang mungkin. Namun jangan mengharap terlalu tinggi agar dia akan membalas perasaan you 100%. Bagi dia masa untuk rasa selesa dengan perhubungan yang baru ini.

Andaikata responnya negatif setelah you memberi beberapa hint tentang rasa isi hati you terhadap dia, then you kena stop bagi hint buat seketika namun tetap kekal sebagai kawan. Belajar untuk lebih mengenali dia dan bagi dia peluang untuk lebih mengenali you.
Yang penting dalam situasi sebegini,  kena ada keberanian untuk meluahkan rasa hati dan bersedia untuk menghadapi apa jua respon yang bakal diterima nanti.



p/s: Jangan terlalu ghairah menggapai dahan yang tinggi, takut-takut kalau jatuh sakitnya bukan kepalang


Credit :Zoncinta

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma