Blog Cik Emma: 2015

22 October 2015

Perpisahan



Perpisahan itu selalu terjadi Kepada insan yang bercinta Sungguh sedihnya rasa Apabila ianya terjadi 

 Jodoh , pertemuan , ajal dan maut sudah tertulis . Cuma bila dan masanya kita tak kan pernah tahu.
Kita sebagai insan harus bersedia menerima ketentuan Ilahi..


Tipu lah, tak sedih bila mana hubungan yang di bina bertahun-tahun lamanya terputus di tengah jalan. Nangis guling-guling pun kita tak kan dapat putarkan masa balik.


Bak kata pepatah orang putih , Let bygone be bygone.
Allah dah tetapkan jodoh kita dari kita dalam perut lagi. Cuma belum sampai masanya kita bertemu dengan jodoh kita.


Jangan berhenti berdoa mudah-mudahan Allah menemukan kita dengan jodoh yang baik-baik. In Sha Allah...



Cara Meluahkan Sayang Kepada Seorang Lelaki



Kaum wanita seringkali menghadapi kesukaran untuk meluahkan perasaan sayang yang wujud di hati mereka untuk seorang lelaki. Muncul rasa was-was dalam diri kerana risau andainya  perasaan sayang yang dirasai hanya bertepuk sebelah tangan. Namun kata orang “if u never try, u will never know”.

Dalam dilema yang you hadapi ni, first of all you kena cekalkan hati you dulu. Dalam apa jua situasi, we must always be prepared. Katakan pada hati, you hanya nak luahkan apa yang you rasa, dan apa sahaja respon darinya nanti you akan bersedia untuk menerimanya.
Mula-mula try bagi beberapa hint dulu kepada dia tentang perasaan you padanya. Pastikan hint yang you bagi tu agak direct dan dia faham. Dari situ you boleh kaji respon yang you terima. Kalau respon dia positif, maksudnya you boleh ke step yang seterusnya. Namun sekiranya respon darinya negatif, hentikan memberi hint buat seketika.

Jika you mendapat respon yang positif darinya, hentikan memberi hint dan terus meluahkan padanya seikhlas yang mungkin. Namun jangan mengharap terlalu tinggi agar dia akan membalas perasaan you 100%. Bagi dia masa untuk rasa selesa dengan perhubungan yang baru ini.

Andaikata responnya negatif setelah you memberi beberapa hint tentang rasa isi hati you terhadap dia, then you kena stop bagi hint buat seketika namun tetap kekal sebagai kawan. Belajar untuk lebih mengenali dia dan bagi dia peluang untuk lebih mengenali you.
Yang penting dalam situasi sebegini,  kena ada keberanian untuk meluahkan rasa hati dan bersedia untuk menghadapi apa jua respon yang bakal diterima nanti.



p/s: Jangan terlalu ghairah menggapai dahan yang tinggi, takut-takut kalau jatuh sakitnya bukan kepalang


Credit :Zoncinta

20 August 2015

TRICK PSIPHON DIGI OGOS 2015

Dah lama tak share pasal trik2 ni. Sekarang ni tgh hangat trik psiphon. Khas utk pengguna prepaid sim KUNING sahaja.

Pastikan ada langganan internet ;

RM 3 0MB + MUSIC FREEDOM (*200#)
                   atau langganan
IDD + MUSIC FREEDOM (*138#)

Next step download psiphon mod di bawah dan install :

https://www.dropbox.com/s/qocvgjftahtk04n/pkg_3.apk?dl=0

Rujuk gambar di bawah untuk cara setting psiphon.

Selamat mencuba !!!

19 August 2015

PROMOSI HANDPHONE MURAH

As salam readers yg setia...

Mana yang tengah cari handphone atau survey handphone. Ni nak bgtau ada offer untuk 3 buah model handphone.

Lenovo A6000 4G LTE RM450
Lenovo A526 RM250
Huawei Mediapad  youth 7 RM300

Berminat boleh contact nombor di bawah

016-4778053

Stok terhad

26 July 2015

Rahsia Disebalik Terjemahan Surah Yassin…

Surah Yasin -Pengertian Setiap Ayat

Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini
dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan
mulut.
Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat
yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam
dll.
Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin
supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada
muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan
hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.
Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak. Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah
s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu
menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan
fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Ø Tiupan ke-dua – Hancur
Ø Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.
Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan
sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan
amalan.
Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan
urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”(Ayat 78 dan 79)- Bacalah
jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk
rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan
tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut,
Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. 1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 – Yassin baca 7x 4. Ayat 38 –
12x 5. Ayat 58 – 7x 6. Ayat 82 – 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga
6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin,
baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-
Fatihah. 9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Ø Yasin is the jantung of Al-Quran Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-
Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin: o Child is sick o Feeling
troubled. o Memudahkan urusan o Memudahkan perjalanan o As selusoh (to ease
pain when giving birth)
Ø Read Yasin (3x) over water
Ø Read 3 Qul (three times each)
Ø Fatihah Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 – “Waja’alna… .”
Ø Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur Ø Baca Ayat 9 Ø Fatihah Ø
Read 3 Qul (three times each)
Ø Ayat Kursi
Ayat 29 – “In kanat illa… .”
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak
menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 – “subhanallazi..”
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ø Ya Wadud (3x)
Ayat 58 – “Salamun”
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 – “Falayahzun..”
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya..”
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut
Ayat 82 – “Innama amruhu..”
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
o Seperti di atas
o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamalaa’maalu
binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau
sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama
ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam
kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul
jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton – Elok untuk kulit
Ø Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang
mujarab.
Ø Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak

sumber:
Sulaiman Mohamad
RNO Data BNM Johor Utara,
Tkt 1 Unit 3,TM Kluang,
Johor.
HP(CDMA):011-713695
(P):07-77555010137505522
E-mail:manmohd@tm.com.my

23 July 2015

Doa Pelembut Hati untuk Diri Sendiri atau Orang Lain

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..ala jabalil lara aitahu khasian mutasad diam min khasyatil lah wa tilkal amsalu nadribuha lin nasi laal lahum yatafak karun

Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri


Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampuikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

kebahagiaanMove on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.
kebahagiaan
Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.
“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.
Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”
Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.
Dah boleh redha? Atau masih terpaksa?
Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.
Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.
Kerana memang bukan untuk kita.”
Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

21 July 2015

Minal Aidil Wal Faizin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

      Rasanya rindu kepada blog setelah sekian lama tak update dan di biarkan blog ini bersawang.  Harini tiba-tiba mood nak posting mai kembali. Ewahh!!

     Bulan ramadhan yg lepas saya sibuk berniaga di bazaar. Macam biasa lah, jual kuih muih. Seminggu sebelum raya di uji dengan demam dan selesema sehingga lah ke raya pertama dan kedua. Alhamdulillah sekarang dah rasa sihat sikit.

    
    Macam raya2 sebelum ni , beraya dengan saudara mara yg pulang beraya dari jauh. Yg lama tak berjumpa , bertemu kembali di hari mulia. Tapi raya tahun nie tak meriah , sbb arwah abah dah tak ada , terasa kekurangan. Tapi tak lupa menziarahi pusaranya. Semoga arwah abah tenang di sana.

   Ok lah. Rasanya sampai di sini dulu . Sat2 lagi ceq update lain noh.

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma