Blog Cik Emma: SLOT AKASIA : AKU ISTERINYA

26 April 2014

SLOT AKASIA : AKU ISTERINYA


Assalamualaikum wbt..

Amboi lamanya tak hupdate blog.... alang2 dah depan laptop ni hupdate la sat .. rindu nk berblog balik, rindu nak berblogwalking... tp apakan daya, sibok sikit sekarang... tudia ceq melalut jauh dah aih..hahaha..

Ni ha.. nak tanye.. sape kenal Izzue Islam angkat tangan cepat!!! hahaha.. sape tak kenal mamat ensem tu.. semua awek gila bayang tau kat dia... Buat pengetahuan korang.. Izzue Islam telah pon tercalon dalam top 5 ABPBH13 untuk kategori PELAKON LELAKI PALING POPULAR. Jom reramai
vote Izzue Islam.

UNDIAN SMS ABPBH 2013

TAIP BH ABP C3
HANTAR KE 33333

**RM0.50 jekkk..hihi



Berbalik pada tajuk entry saya td.. drama Aku Isterinya sudah pun di tayangkan di Tv3 setiap hari isnin-jumat jam 7pm-8pm. Hot rating tau citer ni.. mana taknya .. hero segak heroin cantik.. memang gandingan yg sgt serasi... sape yg dh baca novel AKU BUKAN MISTRESS mesti dah tau jalan citernya .. yg lom tau tu meh saya nk kongsi sikit ringkasan tentang dram AKU ISTERINYA ni..




SINOPSIS DRAMA AKU ISTERINYA

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita. 

 Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya. 



 Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi. 

 Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?


ha.. tu je saya nak update untuk arini.. esok sambung lagi yerrr .. tata 


No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma