Blog Cik Emma: Cinta Jarak Jauh Menyakitkan Hati

05 February 2014

Cinta Jarak Jauh Menyakitkan Hati

Tengah-tengah pagi ni nak kongsi kisah percintaan jarak jauh yang di katakan menyakitkan bagi sesetengah orang. Saya pon sedang lalui fasa percintaan jarak jauh ini. Di mana dalam masa hampir 3 tahun ni memang sangat menguji diri ni... In Sha Allah jika masing-masing yakin dan setia , takkan terjadi perkara buruk macam cerita yang akan saya kongsi ini. Check it out!!

Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam
percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil
kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa.
Hargailah orang yang anda sayang.

Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki.

Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri- ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku. Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidak bergaul antara lelaki dan
perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.

Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak
percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.

Aku seorang yang suka memerhati dan membuat
kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka.

Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan
percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah
mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja.

Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama
sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang
sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang
ingin menjadikan aku kekasihnya.

Tetapi aku sebagai manusia hanya tahu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ingin dijadikan cerita, aku sangat membenci seorang lelaki bernama Haikal yang
merupakan classmate aku dari tingkatan 1 hingga 5 ketika di sekolah menengah. Dia selalu mengusikku sehingga membuatku naik angin. Aku sangat membencinya sehingga aku tidak boleh mendengar suaranya, apatah
lagi melihat mukanya yang sememangnya tidaklah sekacak Norman Hakim.

Tetapi Allah Maha Kuasa. Memasuki tingkatan 5, aku dan Haikal menjadi akrab. Tetapi kami hanya berkawan rapat di dunia ‘sms’ sahaja. Apabila di kelas, kami seperti tidak
kenal antara satu sama lain. Sepanjang persahabatan, dia sering memberi ‘hint’ yang dia ingin menjadikan aku lebih dari seorang kawan. Tapi aku sering mengatakan yang
aku hanya ingin bercinta selepas berkahwin. Kata – kataku itu membuatkan dia kecewa. Walaupun dia berasa seperti tiada harapan untuk bersamaku, tetapi dia tidak
pernah meninggalkanku walau sesaat pun dan terus berusaha untuk mendapatkan aku dengan apa jua cara sekalipun.

Selama 2 tahun persahabatan kami, aku melihat dia
benar-benar ikhlas untuk berkawan denganku. Ahkirnya
aku memutuskan untuk menerimanya sebagai ‘couple’ku
apabila dia betul-betul meluahkan isi hatinya pada 1st
January 2008 dengan berkata “Jue, aku cintakan kau”..
Bermulalah kisah baru antara aku dan Haikal. Percintaan
ini merupakan kisah cinta pertama dalam hidupku selama
aku berusia 20 tahun dan aku berharap ia akan
berkekalan sehingga akhir hayatku.
Seperti biasa di awal-awal percintaan, segalanya berjalan
dengan lancar. Selepas dua tiga bulan, pergaduhan sering
terjadi antara aku dan dia, sehingga aku berasa menyesal
menerimanya dulu. Paling menyakitkan hatiku, Haikal
malu untuk mengaku aku sebagai kekasihnya kerana takut
di gelar sebagai ‘mamat jiwang’ oleh rakan-rakan
sekuliahnya. Bila aku bertanya kenapa mahu
berselindung? Haikal menjawab dia belum bersedia untuk
orang mengetahui kisah cinta kami. Selain itu juga, Haikal
lebih mementingkan rakan – rakannya dalam segala aspek
sehingga aku berasa seperti tidak di perlukan lagi.
Pernah satu ketika, Haikal meminta izin untuk
meninggalkan aku di Plaza Low Yat keseorangan setelah
dia terjumpa rakannya di situ juga.
Inikah CINTA?? Inikah layanan dia terhadapku setelah
dia bersusah payah mendapatkan aku?? Aku begitu tidak
menyangka bahawa dia melayanku sebegitu kerana
sebelum kami bercinta, dia begitu baik melayanku
bagaikan seorang lelaki yang berkomitmen tinggi
terhadap perempuan. Sampai hati dia melakukan seperti
itu terhadapku… Bermacam-macam lagi pergaduhan yang
kami alami. Aku benar-benar terasa seperti tiada nilai di
matanya. Kadang - kala aku terasa seperti dipermainkan
olehnya.
Haikal yang aku kenali memang seorang yang sosial.
Tetapi dia pernah berjanji padaku yang dia tidak akan
meninggalkan aku dan dia ingin menjadikan aku sebagai
isterinya. Dia juga berkata bahawa akulah cinta pertama
dan terakhir bagi Haikal. Tetapi di sebabkan dia yang
sangat sosial, dia sering melukakan hatiku. Bagi Haikal,
dia tidak sanggup melihat aku mempunyai kawan lelaki
walau seorang. Tetapi dia tidak pernah sedar yang dia
mempunyai ramai kawan perempuan yang seksi-seksi dan
sering bertepuk tampar diantara mereka. Haikal memang
manusia jenis pentingkan kawan-kawan daripada
keluarganya sendiri dan juga aku. Aku sering menangis
memikirkan semua ini. Haikal!! Kau sangat kejam
terhadapku!!
Setelah 5 bulan percintaan aku dan Haikal, kini Haikal
terpaksa perpisah denganku gara-gara dia ingin
melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Apabila aku
mendengar berita tersebut, aku benar-benar risau dan
sedih. Kini tercipta satu kisah baru iaitu percintaan jarak
jauh antara aku dan Haikal. Ya Allah…begitu besar
dugaan aku setelah aku melanggar prinsipku sendiri untuk
tidak bercinta sehingga aku berkahwin. Adakah ini
balasan bagiku?? Walaupun kami sering bergaduh, tetapi
aku terlalu sayang terhadapnya dan aku tidak sanggup
berpisah dengannya….oh tidak….bolehkah aku dan dia
mengekalkan percintaan ini walaupun kami berjauhan??
Di awal percintaan jarak jauh ini, kami sering berhubung
melalui e-mail,friendster dan juga ‘sms’. Sekali sekala
ada juga Haikal menelefonku. Aku berasa gembira kerana
dia selalu mengingati aku walaupun kami berjauhan...
Kami juga jarang bergaduh ketika itu. Ya Allah,
bahagianya aku..
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya
hujan di tengah hari. Sudah sebulan lebih Haikal di
negara orang. Walaupun dia berjauhan denganku,
pergaduhan terjadi juga antara aku dan Haikal. Apa yang
aku risaukan benar-benar terjadi. Dia menjadi semakin
sosial dan jarang membalas semua e-mail dan komen di
friendster yang aku kirimkan padanya. Pada mulanya aku
fikir kemungkinan Haikal busy. Tetapi semakin lama
semakin pelik aku di buatnya. Haikal terus-menerus
menyepi diri tanpa khabar berita. Aku semakin risau. Aku
cuba menelefonnya tetapi tidak pernah berjawab, apatah
lagi sms. Tidak pernah di balasnya walau sekalipun. Hanya
Allah yang tahu betapa sedihnya aku.
4 bulan Haikal menyepikan diri dariku. Tiba-tiba aku
tergerak hati ingin menelefonnya menggunakan nombor
adikku di pagi raya yang lalu pada 1st October 2008.
Setelah menunggu akhirnya berjaya juga aku menembusi
taliannya. Tapi hatiku bagai dirobek-robek kerana yang
menjawabnya suara seorang wanita dan bila ku tanya apa
hubungan dia dengan Haikal, dengan bangganya dia
mengatakan dia kekasih Haikal dan sedang
mengandungkan anak Haikal tanpa sebarang ikatan
perkahwinan. Menurutnya, Haikal ingin wanita itu
melahirkan anak dalam kandungannya dan Haikal bakal
mengahwini wanita tersebut yang membahasakan dirinya
sebagai Jiha. Aku hampir pengsan mendengar kata-kata
Jiha..Ya Allah….. Inikah namanya cinta? Inikah akibatnya
aku melanggar prinsipku dahulu?? Haikal, sampai hati
awak buat semua ini pada saya. Apa salah saya
terhadapmu. Cepatnya awak berubah, sedangkan
percintaan kita belum cukup setahun.
Di pagi raya itu juga aku menangis memikirkan apa yang
telah terjadi padaku. Aku serik dengan percintaan ini.
Mulai saat itu, aku telah menutup hatiku untuk semua
lelaki. Aku kecewa dengan percintaan yang baru pertama
kali aku lalui. Inilah percintaan pertama dan terakhirku.
Haikal, aku tidak akan maafkan apa yang kau lakukan
padaku. Inikah balasannya setelah aku begitu setia
padamu? Inikah hadiah yang kau berikan padaku setelah
aku tewas dengan pujuk rayumu di saat kau menggodaku
dulu? Kini benarlah apa yang aku pernah katakan dulu
bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati
perempuan apabila mereka menginginkan perempuan.
Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki suka membuat
perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja
dan mereka tidak pernah menghargai perempuan yang
mereka idam-idamkan. Lelaki memang serupa. Hanya
pandai mengayat. Haikal!! Aku tak akan maafkan kau.
Aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi ke atas
diriku ini. I hate u forever and ever Haikal!!! I HATE
YOU!!!
Ya Allah.. maafkan segala kesilapanku yang lalu. Aku
menyesal dengan apa yang telah terjadi. Walaupun aku
telah kehilangan Haikal, orang yang benar – benar aku
sayang dan percaya, aku tidak akan sesekali menzalimi
diriku sendiri. Akan aku buktikan bahawa aku boleh hidup
tanpa Haikal bukan hanya 2 3 saat, tetapi untuk selama
- lamanya. Dan aku akan buktikan bahawa aku boleh
mendapatkan lelaki yang lebih berguna dari Haikal. Tiada
guna aku mengharap pada lelaki seperti Haikal. Aku akan
membenci Haikal seumur hidupku dan aku tidak akan
memaafkannya.. Haikal adalah racun dalam hidupku untuk
selama - lamanya……
Kepada yang sedang hangat bercinta, hayatilah kata –
kata ini…
Berkawan tidak semestinya bercinta,
Bercinta tidak semestinya bertunang,
Bertunang tidak semestinya berkahwin,
So, jangan mengharap pada sesuatu yang tiada kepastian
lagi.
Kerana seandainya apa yang anda harapkan tidak
tercapai,
Ia mungkin akan melukakan hati dan melemahkan
semangat anda untuk terus hidup..

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma