Blog Cik Emma: 3/1/13 - 4/1/13

31 March 2013

Salah Ke Kalau Dia Gemuk?




So macam mana? Salah ke kalau dia gemuk?
Pendapat saya, betul apa yang dicakapkan oleh kawan Mat Luthfi tu. Kalau girlfriend dia tu betul-betul suka dekat dia, sayang dekat dia, mesti girfriend dia tu tak kisah dia gemuk ke, kurus ke. Yang penting, sayang.

Kisah Benar

Saya ada seorang saudara yang kurus je badan dia. Tetapi dia berkahwin dengan orang yang berbadan besar. Maksud besar itu, adalah sangat besar (gemuk).
Orang lain semua pelik, kenapa dia kahwin dengan perempuan tu. Tetapi dia tidak kisah pun apa orang kata. Sebab dia sayang dekat perempuan tu.
Dan sekarang mereka sudah pun mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel, debab, pipi bulat, tangan beruas-ruas dan semua orang geram tengok anak dia sebab comel sangat-sangat.
Dan mereka hidup bahagia je pun. Takde pun sampai nak pukul-pukul dengan kain, suruh kurus, kurangkan berat badan dan kurangkan makan. Sebab saudara saya tu sayang dekat isteri dia, dan terima isteri dia tu seadanya.
So jika anda ada pasangan yang gemuk, tak perlulah suruh dia kurangkan berat badan. Kesian dia…
Terimalah pasangan anda seadanya, sebab kita pun manusia biasa.. Kalau betul dia sayangkan kita, macam mana sekali pun bentuk rupa kita, dia akan terima diri kita dengan ikhlas dan seadanya, itulah sebenarnya di namakan cinta :)


** P/S: kena sangat dengan lagu terimalah sayang cintaku seadanya dari kumpulan Arrow.

30 March 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

Assalamualaikum w.b.t


Bismmillahhirahmanirahim..

Lama gila kami tak join segmen, sebelum ni jarang aktif sebab laptop rosak. haa la ni dah ada lap top leh la join mana2 segmen or giveaway...kami harap encik afiz terima kami join bloglist encik afiz..kita jiran kan fiz kan..hangpa kat kedah, kami kat penang..okey la tu..hahaha :P

okey la, nak introduce sikit pasai blog kami ni,blog ni tak dak la istimewa mana, kami mula blogging pada bulan May 2010. tapi tudia la macam newbie lagi nuh, follower pon tak ramai mana.. sobs3


so, kami dengan sukacitanya nak tersenarai dalam bloglist Fiz Graphic sebab nak tumpang populariti blog Fiz....opppsss.... tu bukan sebab utamanya..sebab utama kami nak dapat trafik dari blog Fiz... so, ramai la sikit pembaca blog kami nanti...hihihi...


sampai sini ja la noh....


** Maaf sebab menggunakan loghat utara.. faham2 ja la noh pasaipa...hehehehe :P


Wasalam


28 March 2013

Ambillah tubuhku Sayang! Rasalah Semua! Ini Untuk Awak Sayang



Ambillah tubuhku Sayang! Rasalah Semua! Ini Untuk Awak Sayang | “Nah!. Ambillah tubuhku!Rasalah Semua! Ini untuk awak sayang. Awak mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..
Wah best!.

Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?.

“No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”.
Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.

Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi dalam bilik terus (cayyalah wei).

Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang ).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).

Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. ‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

Si teman lelaki “……………….”.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek.

Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut

“..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.
Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je.

Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..
Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan.

“Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan.
Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…
Betapa terkejutnya si kawan.

“Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.”
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!.

Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!.
Last-last. Hidup dah tertekan.

Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian, menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.

Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat.
Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?.

No way!. U tunggu azab Allah!.

27 March 2013

Welcome Back Cik Emma!!!



Assalamualaikum semua...

setelah lama cik emma menghilangkan diri kerana sedikit sibuk dengan bisnes online cik emma yg tak seberapa tu di D'Shella Boutique ,sekarang ni sibuk pulak nak arrange website online shopping, In Sha Allah, dalam masa terdekat ni jugak website tu akan di lancarkan, yang pastinya cik emma akan bgtau kat kawan2 semua okey, dan cik emma harapkan support dari kawan2 blogger jugak..boleh kan korang kan3? :P


Dah bersawang dah rasanya blog ni, pelan2 nak kena cuci nih,korang tolong la cuci2 mana yg patut ea...hahaha.. melalut plak mak cik nih... dah tak tau nak update apa kebenda dah nih..korang bagi la idea ckit, nanticik emma belanja choki2 mau dak? :D




Ada masa lawat2 la fb shop cik emma yer. 

okey adios amigos....



 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma