Blog Cik Emma: BORANG BR1M 2.0 : PEMOHON BARU

01 November 2012

BORANG BR1M 2.0 : PEMOHON BARU

Mengikut perancangan Kementerian Kewangan, pihaknya menjangkakan pemohon yang layak boleh mula membuat permohonan bulan ini manakala pembayaran wang bantuan RM500 (atau RM250 untuk bujang) akan dilakukan bermula Januari 2013.
Kelayakan Mohon BR1M 2.0
—> Bantuan RM500
  • Berkeluarga.
  • Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon. 
  • Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).
—> Bantuan RM250
  • Individu bujang
  • Bukan pelajar IPT 
  • Berpendapatan bawah RM2,000 sebulan
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).
—> Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0 (kali pertama yang lepas)
  • Tidak perlu memohon lagi.
  • Tunggu dapat duit sahaja.

Borang BR1M 2.0 dijangka boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan. 
Sebagai makluman, borang online yang dimuat turun di internet (biasanya di scan dan upload) juga boleh digunakan untuk membuat permohonan. Pihak LHDN tidak pernah menghalang penggunaan borang scan BR1M berkenaan. Jadi  rasanya ianya sama juga dengan BR1M 2.0 ini.






No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma