Blog Cik Emma: Zizan kalahkan Aaron

10 October 2012

Zizan kalahkan Aaron

GELAGAT Zizan sebagai pengacara menggamatkan lagi Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung malam Sabtu lalu. 

MACAM tidak percaya, itulah ungkapan Zizan Razak selepas dipilih sebagai pemenang kategori Hero Terhebat pada majlis Anugerah Blokbuster.

Untuk kategori itu Zizan yang turut menjadi hos bersama Afdlin Shauki dan Lisa Surihani berkata: “

Di manakah kehebatan saya itu hingga boleh mengatasi hero pujaan ramai seperti Aaron Aziz, Remy Ishak dan Shaheizy Sam.

 Memang tak percaya tapi kena percaya sebab ia sudah berlaku. Mana ada pelakon komedi macam saya ini dipilih sebagai hero berbanding pelakon macho. Apa pun terima kasih kepada peminat yang memilih. 

Mungkin sekarang ini orang suka komedi sebab itulah mereka pilih saya agaknya. Kemenangan ini amat bermakna kerana peminat bukan sekadar menyokong malah menghargai kerja saya,” katanya yang baru selesai menjayakan persembahan Lawak Ke Der di Istana Budaya, kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebagai pelakon Zizan berkata, dia mampu melakonkan apa sahaja watak mengikut skrip dan tidak terikat kepada karakter komedi sahaja. Katanya untuk filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar, dia bakal membawa watak serius iaitu sebagai pusher. “

Selama ini orang asyik ketawa bila tengok saya, tunggulah Tokan, watak berbeza. Kemenangan ini membakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam lakonan atau persembahan pentas.

“Saya berharap satu hari nanti saya dan rakan-rakan mampu mengangkat dunia komedi tempatan ke tahap yang lebih tinggi seperti yang berlaku di Hollywood,” katanya penuh harapan.

 Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

Aimi Syahirah said...

Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma