Blog Cik Emma: Contoh Surat Perletakkan Jawatan

12 September 2012

Contoh Surat Perletakkan Jawatan

Nak masuk kerja ada adab, nak berhenti kerja pun kenalah ada adabnya juga. Mesti mau hantar 'surat cinta' kepada bos dahulu sebelum berhenti. Hee.

Kenapa Surat Perletakkan Jawatan ini penting ? Surat Perletakkan Jawatan penting untuk simpanan majikan. Surat ini mungkin akan jadi rujukan untuk bakal majikan yang menghubungi majikan lama kamu.

Oleh itu, apa juga sebab kamu berhenti kerja, JANGAN membuat sebarang kenyataan negatif mengenai bekas majikan, syarikat, polisi syarikat, jabatan lain atau rakan sekerja dalam surat letak jawatan. Surat perletakkan Jawatan MESTILAH ditulis dengan gaya profesional dan membawa mesej yang positif.


Memberi notis 1 atau 2 bulan adalah protokol biasa apabila hendak berhenti kerja. Bagi yang bekerja kontrak atau masih dalam tempoh percubaan, notis mungkin lebih pendek. Semak dengan majikan berkenaan hal itu terlebih dahulu.


Surat letak jawatan yang baik sepatutnya mengandungi 3 komponen:

Tarikh terakhir kerja/ tempoh notis
Sebab mengapa berhenti
Ringkasan (beberapa) aspek positif semasa bekerja dengan majikan sekarang


credit to Ambang Kerjaya Impian.


Rosman Bin Hamzah
No. 8 Rumah Panjang,
Ampang Jajar,
13000 Butterworth,
Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________________

Unigaya Protection System Sdn Bhd
No. 1012, Jln Chain Ferry,
Taman Kim Sar,
13700 Perai,
Pulau Pinang                                                    12 September 2012

MELETAK JAWATAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Rosman Bin Hamzah bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di syarikat ini ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya.

Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.



Sekian terima kasih.




Yang benar,



……………………….
( ROSMAN BIN HAMZAH )
Pengawal Keselamatan,
Unigaya Protection System Sdn Bhd.


Harap contoh surat perletakkan jawatan ini akan membantu mereka yang memerlukan :)

2 comments:

terima kasih malaysia said...

trima kasih Cik Emma..

nor kosmetik said...

bagus ni..saya pun nak letak jawapan. ...nak kerja sendiri

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma