Blog Cik Emma: 6/1/12 - 7/1/12

07 June 2012

SEGMEN :BILA BLOGGER TERJAH MENERJAH

Assalamualaikum


Rasanya lama dah cik emma tak buat segmen....Rindu plak nak bersegmen dengan blogger... Harap2 kali ni ramai lagi yang nak join, macam dalam segmen JOM SERTAI SENARAI BLOG TERBAIK 2012 !
hampir 40 orang jugak yang mengambil bahagian dalam segmen tersebut. Korang boleh terjah lagi blog2 tersebut kat SENARAI BLOG TERBAIK 2012 ! .

Segmen kali ni lebih kurang sama jugak dengan segmen yg sebelum ni. Cik emma akan senaraikan blogger2 yang menyertai segmen ini dalam senarai bloglist yang di sediakan..

Ok..jangan buang masa lagi...jom tengok macam mana nak join segmen ni...

  1. Korang hanya perlu buat satu entry ringkas bertajuk SEGMEN :BILA BLOGGER TERJAH MENERJAH
  2. Tag 3 orang kawan blogger dan pastikan diaorang tahu tentang segmen ini.(tag lebih pun takpe..bila dah ramai yg masuk bloglist maka makin ramai lah yg akan terjah blog korang kan)
  3. Follow blog Cik Emma dan LIKE fan page Cik Emma Official Fanpage (cik emma tak paksa tau..)




Lepas korang dah tinggalkan url entry , cik emma akan masukkan korang dalam senarai bloglist khas utk segmen ini. Lepas ni senang la blogger2 lain nak terjah korang kan?

Harap segmen ni dapat mengeratkan lagi silaturahim kita sesama insan InssyaAllah :)

01 June 2012

Kekasih Curang | Oh Bengangnya!!!



Sebut saja perkataan "curang" hati kita pasti tersentap... Bila ia terjadi dalam hubungan,kita pasti merasa sangat "down".... Kita pasti hilang arah untuk seketika bila kita dapat tahu yang si Dia telah curang... Baiklah, apakata uLan share sedikit tips untuk mengenalpasti tanda tanda si Dia sebenanrnya telah curang terhadap korang ...


1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit.


2-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.


3-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.

4-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!

5-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.

6-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.

7-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya.

8-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang.

9-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita/lelaki dan seorang playboy/playgirl!!
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma