Blog Cik Emma: RESUME.. beri persepsi awal majikan terhadap anda

19 April 2012

RESUME.. beri persepsi awal majikan terhadap anda

Contoh-contoh resume


Perkara pertama yang perlu diberi perhatian sekiranya mahu memohon sesuatu pekerjaan ialah menyediakan resume untuk dikemukakan kepada majikan bagi melayakkan anda dipanggil temuduga. Resume berasal daripada perkataan Perancis adalah suatu medium bagi membolehkan majikan mengetahui mengenai diri seseorang pemohon, dalam erti kata lain ia memaklumkan mengenai kelebihan dan kelayakan pada diri individu itu. Resume bertujuan memperkenalkan diri anda sebaik yang mungkin tanpa menyatakan fakta yang salah atau palsu, bagi mengelakkan pemohon terperangkap apabila dipanggil menghadiri sesi temuduga. Lazimnya, penemuduga akan menyoal anda berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam resume. Seandainya maklumat itu palsu, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenal pasti sama ada maklumat itu benar atau salah.
Ada juga pemohon yang merasakan mereka sudah memberikan resume yang terperinci dan mantap tetapi masih masih tidak dipilih dan langsung tidak dipanggil untuk sesi temuduga. Ini mungkin kerana anda tidak memenuhi kehendak hati si pemilih dan tidak menepati kriteria yang diperlukan syarikat terbabit. Mungkin juga melalui resume itu si pemilih mendapati anda tiada kelebihan atau kepentingan untuk syarikat itu. Apatah lagi bukan anda seorang kerana mungkin ada beratus atau beribu lagi calon yang memohon jawatan yang sama. Oleh itu, resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan kerana ia medium perbandingan antara anda dan calon yang lain. Resume yang lebih menarik menjadi 'batu loncatan' bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Ia juga menjadi persepsi awal majikan terhadap kebolehan dan kelebihan anda. Apa yang penting anda menghasilkan resume yang terbaik, ringkas tetapi padat dan menepati kehendak majikan.

Cara Membuat Resume...

  • Muka surat - Resume perlulah ringkas dan padat kerana pemilih tidak ada banyak masa untuk membaca.Resume yang terlalu panjang menyebabkan pemilih membaca sambil lalu saja dan terlepas isi yang mungkin penting.Disarankan anda menyediakan tidak lebih daripada 2 muka surat

  • Gambar - Gambar adalah persepsi awal pemilih mengenai calon. Oleh itu, melalui gambar, anda perlu tampil kemas, ceria dan bersemangat untuk menarik perhatian pemilih
  • Maklumat peribadi - Nyatakan maklumat yang sesuai dengan kerja dipohon. Paling utama, nyatakan nama, alamat, no.telefon, emel, faks dan sebagainya
  • Tujuan - Perkara paling penting tetapi biasanya diabaikan calon ialah menyatakan tujuan anda memohon jawatan itu dan kenapa mahu berkhidmat di syarikat berkenaan.Jangan malu memberitahu jawatan yang diidamkan dan bersesuaian dengan kelayakan anda.Tidak salah jika anda membodek majikan dengan menyatakan anda ingin menyertai syaraikat iyu kerana syarikat itu kerana imejnya yang baik
  • Pendidikan - Penting bagi anda memberitahu pencapaian akademik, tetapi janganlah pula sampai menyertakan keputusan PMR dan UPSR kerana ia tidak diperlukan.Cukup sekadar meletakkan keputusan SPM kerana majikan mungkin ingin tahu berapa pencapaian anda dalam Bahasa Inggeris.Paling penting nyatakan pencapaian anda di universiti.Letakkan kelulusan anda serta nilai CGPA yang diperoleh.Sebaik-baknya letakkan nilai GPA setiap semester
  • Aktiviti dan anugerah - Senaraikan aktiviti luar serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak, letakkan beberapa yang terbaik sahaja.Jangan malu meletakkan aktiviti yang biasa walaupun hanya sekadar penyertaan saja kerana ia melambangkan usaha anda untuk mencuba. Pengiktirafan dan anugerah anda dalam bidang akademik mahupun kokurikulum perlulah disenaraikan dalam ruang khas. Ini menjadi bonus kepada anda untuk menarik minat pemilih
  • Kemahiran dan kursus - Senaraikan kursus yang pernah disertai dan berkaitan kerja dipohon. Kursus ini akan menarik lagi hati majikan untuk menemuduga anda kerana anda ada kelebihan dari segi itu.Jangan lupa meletakkan sekali nama penganjur kursus itu kerana ia melambangkan kualiti kursus yang anda ikuti. Jika anda mempunyai kemahiran tersendiri, jangan segan silu untuk menyenaraikannya kerana ia jarang dimiliki orang lain
  • Kebolehan dan kelebihan - Kebolehan anda untuk melakukan sesuatu menjadikan syarikat lebih berminat pada anda. Kelebihan menggunakan dan berkomunikasi dalam beberapa bahasa sangat penting bagi seseorang pekerja yang mampu membuahkan hasil untuk syarikat
  • Pengalaman - Syarikat akan lebih memandang kepada seseorang yan memiliki banyak pengalaman dalam pekerjaan dan berkaitan dengan kerja yang dipohon. Tetapi biarlah anda menyenaraikan pengalaman yang bersesuaian dengan kerja dipohon bagi menonjolkan kualiti diri anda
  • Gaji - Letakkan gaji yang sesuai dengan kualiti dan jawatan anda. Permintaan gaji yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anda gagal melepasi sesi temuduga.Selidik dulu gaji pokok syarikat terbabit yang selaras dengan pengalaman kelayakan dankerja dipohon
  • Rujukan - Sekurang-kurangnya letak dua nama yang boleh dijadikan rusuk dan mereka saudara mara. Ia hendaklah yang mempunyai jawatan yang baik dan tinggi bagi memprkuatkan lagi kelayakan anda untuk dipilih temuduga. Letakkan maklumat seperti nsma,no.telefon, emel, faks, jawatan dan alamat


Contoh-contoh resume



Tips membuat resume  [link]

2 comments:

steffany daph said...

bagi sya, resume tu mmg penting. sbab melalu resume ni la, org yg nak interview kita dpt tahu pasal kita "go stragiht". takda sekat2.

Eera Shera said...

bagus ni. sy pn dah nk kena buat resume nnt ;)

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma