Blog Cik Emma: Ella Dah Nak Kahwin?

06 March 2012

Ella Dah Nak Kahwin?


Ratu rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ella dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya di mana dia dilihat menghadiri kursus kahwin bersama dengan pembantu peribadinya di Masjid Taman Tun baru-baru ini.

Ketika ini, heboh di blog-blog gosip hiburan Ella bakal bernikah dengan seorang jejaka yang hanya dikenali dengan ‘A’.

Seperti dalam ruangan gosip Gua.com, Ella masih lagi enggan mendedahkan jejaka ‘A’ yang berjaya menambat hatinya dan dikatakan jejaka itu sangat sepadan digandingkan dengan Ella.

Jejaka ‘A’ itu sudah pun mempunyai kerjaya yang kukuh dan mereka pernah mempunyai hubungan cinta suatu ketika dahulu.

Namun, hubungan antara Ella dan jejaka ‘A’ itu terputus di tengah jalan dan membawa haluan masing-masing.

Tetapi, sudah seperti kata orang, kalau jodoh tidak akan ke mana apabila Ella dan jejaka ‘A’ itu kembali menyulam kasih hubungan cinta mereka dan dikatakan sedang melakukan persiapan untuk bersatu dalam tahun ini juga.

Jika benar khabar berita itu, semoga persiapan dan perancangan Ella untuk menamatkan status bujangnya menjadi kenyataan dan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangannya.

Bercerita tentang dirinya, Ella yang sudah pun menjangkau usia 40-an mengaku mengamalkan beberapa petua untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badannya.

Dengan bentuk dan raut wajah Ella yang seperti tidak dimamah usia, jelas menunjukkan Ella masih lagi kelihatan muda walaupun usianya semakin meningkat.

Bagi Ella, dia sentiasa mengamalkan berfikir perkara yang positif dan melakukan senaman ringan di rumah walaupun dihimpit dengan kesibukan dalam menguruskan kerjaya seni.

“Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda. Selalunya Ella akan melakukan senaman ringan di rumah ataupun berjoging. Bagi Ella, dengan senaman ia menjadikan diri kita lebih segar dan rileks. Macam mana sibuk sekalipun, Ella akan pastikan ada masa diperuntukkan untuk melakukan senaman,” kata Ella.

Kata Ella lagi, dirinya sentiasa memikir kata hati sendiri dan sentiasa tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif orang-orang di sekeliling untuk mengelakkan diri menjadi stress.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma