Blog Cik Emma: Lisa Surihani Sah Bergelar Isteri Kepada Yusry KRU

23 February 2012

Lisa Surihani Sah Bergelar Isteri Kepada Yusry KRU

Jutaan tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry yang kini sudah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Mas kahwin yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum.


Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.



Tahniah kepada pengantin baru ini. Nantikan sebentar lagi gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma