Blog Cik Emma: Lelaki Tidak Sedar Paku Dalam Kepala

23 January 2012

Lelaki Tidak Sedar Paku Dalam Kepala


ORLAND PARK, Amerika Syarikat (AS): Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia gunakan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya.

Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di sini, Illinois.

Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam dalam otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu sedang bertukang di kediamannya Selasa lepas apabila dia tertembak paku tersebut.

Dia melihat terdapat kesan luka kecil di kepalanya tetapi tidak menyangka bahawa dia tertusuk paku.

Dia hanya pergi ke hospital lewat keesokan harinya selepas mengalami mual dan sakit kepala.

Selepas pemeriksaan imbasan sinar-X, Autullo terkejut kerana mendapati terdapat sebatang paku yang menembusi otaknya.

Dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan paku tersebut.- AP

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma