Blog Cik Emma: Lebih Sudu Dari Kuah..

03 December 2011

Lebih Sudu Dari Kuah..


Lebih sudu dari kuah.. peribahasa yang sinonim dengan orang yang suka atau gemar membuat sesuatu yang bukan sepatutnya dia yang buat atau dengan kata lain orang yang suka overshadow orang lain atau suka inter frame..

Ada ke orang yang macam tu? mesti la ada.. Orang macam ni sebenarnya nak mintak simpati orang lain supaya lebih perhatikan dia. Kalau boleh dia nak orang pandang dia serba serbi bagus tip top la senang cakap..

Kadang-kadang diaorang ni ikut sedap mulut je cakap macam takdak insurans kalah lawyer kat pejabat guaman, kononnya diaorang je la yang bagus. Habis kita ni teruk lah ekk?? Macam mana ekk kita nak ajar orang macam tu bagi dia sedar sikit? Tapi tak baik kan kita nak aniaya orang, biarlah orang nak dengki ke iri hati ke dengan apa yang kita ada asalkan kita tak kacau hidup dia. Biar Allah je yang tentukan segalanya..

Buat apa la kita nak sibuk-sibuk atau nak lebih-lebih pasai hal orang lain. Jaga bawah kain sendiri sudah la. Tak payah nak silang orang dengan cara yang tak bermoral tu. Allah dah kurniakan kita kelebihan itu pun dah cukup baik. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Insya-Allah kita akan lebih bahagia dan berjaya dengan cara macam tu.. Kalau kita merendah diri lagi ramai orang sayang kat kita, am i right?

Renung-renungkan dan selamat beramal :P

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma