Blog Cik Emma: Skuad Harimau Muda Disambut Meriah

22 November 2011

Skuad Harimau Muda Disambut Meriah

Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini, Selasa.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.


Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.

Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan DatukSeri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik diStadium Nasional Bukit Jalil Rabu.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawaimenyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.-BERNAMA

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma