Blog Cik Emma: Resepi : Laksa Penang

15 November 2011

Resepi : Laksa Penang


Bahan-Bahan (untuk 10 orang)

1 bungkus laksa beras- direbus sehingga lembut (rendam sebentar dengan air sejuk dan di toskan)

Salad,Bawang besar, bunga kantan,timun , telur rebus (untuk di makan bersama laksa)

2 Mangkuk kecil- Ciliboh atau Cili Kering (yang dah siap di rebus dan dikisar, terpulang jika mahu peda tambahkan lebih cili)

1 Kilo -Ikan Kembong atau Ikan Sardin (direbus dahulu dan ditoskan airnya. Air rebusan tadi jangan buang)

4 keping- Asam Keping

Daun Kesom, Bunga Kantan, Garam, Ajinamoto (secukup rasa)

Belacan, Bawang Besar (di kisar)


Cara-Cara

Masukkan air rebusan ikan dan ikan rebus yang dikisar tadi ke dalam periuk. Buka api sederhana besar.

Terus masukkan bahan² yang lain. Belacan dan bawang besar yang di kisar tadi.

Biarkan selama 15-20 minit sehingga masak. Dan boleh dihidangkan.


Selamat mencuba..

Terima kasih pada mak tersyang sebab ajar anak mak ni buat Laksa Penang yang paling sempoi. Anka mak dah pandai masak pon :))

2 comments:

Aleeyaah Darn said...

sedaapppny.
tsk tsk. mane la nak dpt laksa kat tgah2 melaka niy kan. :(

♥ Cik Emma ♥ said...

@Aleeyaah Darn

takper.. beli je yang dah siap :P

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma