Blog Cik Emma: Misteri Jalan Lama Penuh Fantasi (Sinopsis)

29 November 2011

Misteri Jalan Lama Penuh Fantasi (Sinopsis)


Sebagai penutup tirai 2011, Tayangan Unggul bakal muncul dengan filem fantasi drama pertama arahan pengarah terkenal, Afdlin Shauki iaitu ‘Misteri Jalan Lama’. Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.8 juta ini lain dari filem arahan Afdlin sebelum ini kerana diwarnai dengan elemen fantasi yang cukup menghiburkan.

Diselitkan lagi dengan unsur komedi, suntikan segar dari Afdlin ini bakal menjadi sesuatu yang baru buat penggemar filem Melayu. Selain menampilkan kostum dan prop yang menarik, filem yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak, Hulu Langat dan Gombak ini turut menggunakan sentuhan CGI sebanyak 30%.

Jangan berharap lebih dengan teknik CGI yang digunakan kerana jika tidak pasti anda akan kecewa. Babak yang GUA tidak dapat lupakan sampai sekarang ialah ketika babak bahtera muncul di atas jalan serta durian gugur di mana GUA pasti anda semua akan tersenyum sinis. Walau bagaimanapun, GUA pasti Afdlin mampu buat lebih baik lagi jika bajet yang diberikan tinggi.


Tertarik dengan visual yang dipersembahkan dalam filem ini. Pada beberapa adegan terutamanya yang melibatkan perkampungan bunian sangat menarik. Penggunaan CGI untuk babak perkampungan bunian agak realistik dan digambarkan penuh gah. Begitu juga kostum dan solekan.

Kekuatan utama filem ini adalah lakonan Que Haidar yang boleh GUA sifatkan lakonan terbaiknya. Sayang sekali, Que bersara pada waktu kemuncaknya. Gandingan mantap Que dan Hans Issac menjadi penyelamat filem ini.

Sinopsis

Misteri Jalan Lama mengisahkan tentang dua beradik, Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster.

Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya dan ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.


ada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta menghantar Ilya ke sebuah tempat. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Jangan lupa menonton filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang telah pun menemui penonton pada 24 November 2011.

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma