Faezah Elai Mengamuk Di Twitter!

November 01, 2011



Pelakon Faezah Elai memberitahu kata-kata yang ditulis di laman Twitter tiada kena mengena dengan mana-mana pihak termasuk bekas isteri Heykal Hanafiah, Jaja Nadzir.

Kata Faezah, apa yang ditulisnya di Twitter adalah secara umum tanpa berniat untuk mengaitkan nama siapa-siapa.

"Saya tidak mengamuk di Twitter, saya hanya menulis apa yang saya fikirkan secara umum tanpa mengaitkan atau menulis nama seseorang.

"Lebih-lebih lagi bekas isteri suami saya, kerana saya tidak pernah kenal dengannya apalagi berhubung," katanya ketika dihubungi.Faezah diminta mengulas tentang gosip sebuah akhbar mingguan tentang pelakon Anak Mami ini mengamuk dan meluahkan perasaan di laman sembang Twitter.

Dalam laporan tersebut juga berkata Faezah telah menulis beberapa kenyataan yang kurang enak didengar.

Selain itu, Faezah turut berkata penggunaan kata seruan dalam tulisannya di Twitter telah disalah anggap sebagai mengamuk.

"Saya rasa mereka yang membaca Twit saya dengan nada yang salah kerana saya menggunakan banyak tanda seruan yang menyebabkan ramai yang menganggap saya marah atau mengamuk.

"Sebenarnya saya hanya menulis ayat-ayat biasa sahaja dan tidak pun mempunyai niat untuk mengamuk atau marah," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Emas Sirih Pinang ini sedang sibuk dengan persiapan majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images