Blog Cik Emma: Chef Wan Berang Dengan Tindakan Chef Riz

11 November 2011

Chef Wan Berang Dengan Tindakan Chef Riz


Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan anak lelakinya serta melemparkan kata-kata 'pedas' ekoran tindakan anaknya yang didakwa menipu mengenai pengalaman bekerja di luar negara dalam resumenya. Chef Wan berkata, anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz) yang kini menjadi juri dalam rancangan masakan popular di saluran Astro Ria, Master Chef Malaysia perlu menghadapi akibat daripada perbuatannya itu.

Beliau telah memarahi anaknya lelaki tunggal itu pada malam Selasa lalu sambil menyifatkan tindakan Chef Riz itu lebih teruk daripada seorang pelajar yang menipu dalam kelas.

“Sebagai orang dewasa, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Satu perkara yang memalukan. Tapi nak buat apa, nasi sudah menjadi bubur,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria. Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyatan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

Terbaru, resume terkini Chef Riz dilihat turut diubah dengan mengeluarkan nama dua restoran berkenaan sebaliknya beliau menulis pengalaman kerjanya sebagai Chef Eksekutif di MXM International, Restauran Marcos Italian dan Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan pengarah kulinari di Real Food Corporataion Meatworks Steakhouse. Dia turut memohon maaf atas ketelanjurannya dalam resumenya di laman sosial Facebook miliknya dan pihak Astro Ria juga dikatakan telah menerima penjelasannya dengan hati yang terbuka.

Sementara itu, Chef Wan berkata anak sulungnya itu perlu memohon maaf kepada semua dan menerima tindakannya yang kurang bijak itu.

“Bukan senang menjadi bapa ini, walaupun berat kita perlu cuba yang terbaik. Kita perlu ingat vabaran akan datang bertubi-tubi,” katanya dalam posting terbaru di akaun Facebooknya dan beliau turut cuba ditenteramkan oleh peminatnya yang mahukan dia memaafkan Chef Riz.

1 comment:

emy|farid said...

semoga segala yg terjadi menyedarkan kita juga dn jdikan pengajaran...... menipu tak kan senang, lama2 akan dhidu juga

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma