Blog Cik Emma: Artis hingusan yang bodoh sombong

15 November 2011

Artis hingusan yang bodoh sombong


BARU setahun jagung dalam industri hiburan, sudah perasan bagus seolah-olah namanya gah seperti Amy Search atau Awie. Walhal setiap kali menyanyi, suara asyik ke laut dan tidak pernah pun SS dengar nyanyiannya ‘bersih’.

Ha! Mesti ramai yang nak tahu siapakah gerangan yang SS maksudkan. Dia adalah bekas pemenang program realiti TV tetapi bukan pemenang utama dan usianya awal 20-an, berbakat tetapi suara tidaklah sehebat mana.
Artis muda itu, baru-baru ini mengemas kini statusnya dalam satu laman sosial. Statusnya membayangkan nada rungutan mengenai soalan yang sering ditanya kepadanya perkembangan terbarunya.

Katanya, kalau asyik ditanya beribu kali soalan sama, boleh jadi gila dibuatnya.

Nak dijadikan cerita, adalah yang membalas dan nak tahu siapa yang dimaksudkan menerusi statusnya itu. Lalu dia pun menjawab, ‘reporter’ yang temubual tidak buat kajian.


Bila SS dapat info ini tentulah panas telinga kerana artis baru ini sudah pandai pertikaikan kerja rakan-rakan SS. Nak juga SS tanya, hebat sangatkah dia sampai pihak media nak kena buat kajian.

Kalau artis seperti Amy Search, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza atau Anita Sarawak, layaklah mereka untuk mengeluarkan kenyataan sekiranya wartawan tidak buat kajian.

Namun, untuk artis hingusan sepertinya kalau ditanya mengenai perkembangan barunya sudah gila, bagaimana?

Lagipun, wartawan bukannya kena ambil tahu pasal dia seorang saja, ramai lagi artis yang perlu diberi perhatian. Bagi SS mudah, kalau ada wartawan hendak menemubual, jawab sajalah biar sudah sejuta kali memberi kenyataan.

Sebabnya wartawan bertanya nak tolong beri publisiti kepada artis itu juga.

Jangan sesekali menafikan, publisiti diberikan pihak medialah artis dikenali selain sokongan daripada peminat. Contohnya Yuna, masa lagu Dan Sebenarnya hit di YouTube, hanya mereka yang melayari laman itu saja yang mengenalinya.

Tetapi dengan publisiti diberikan pihak media, dia dapat berkarya dengan lebih meluas sehingga industri seni menjulang bakat besar gadis ini walaupun tidak pernah sekalipun ucapan terima kasih kepada pihak media atas sokongan mempromosikan kerjaya seninya diucapkan.

Tetapi tidak mengapa pihak media tidak berkecil hati yang penting SS percaya wartawan akan terus menyokong insan berbakat seperti Yuna.

Buktinya, antara yang terbabit dalam penjurian Anugerah Industri Muzik baru-baru ini sebilangan besarnya adalah golongan wartawan.

Berbalik pada artis lelaki yang SS maksudkan tadi, dia pun kalau tidak mendapat publisiti media barangkali kerjaya seninya juga bungkus seperti kebanyakan bintang realiti lain. Justeru, bersyukur selagi masih diberi perhatian oleh wartawan.

Jangan pula nanti, bila bintang tidak lagi bersinar, sanggup bertukun tangga di pejabat wartawan dan mengemis hanya kerana sebuah publisiti.

Soseh-soseh : Ishh..kekwat sunggu dia tu noh.. agak² hangpa la.. sapa la artis sombong tu??

credit : Metro
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma