Blog Cik Emma: Anugerah Blog & Blogger Paling Popular

15 November 2011

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular


Terima kasih owner blog sebab jemput blog yang tak popular ni join :))

Bissmillahirahmanirahim.. Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha Penyayang.

Dengan ini saya dengan merendah dirinya menyertai contest yang dianjurkan oleh http://fmofficial.blogspot.com dan beliau sendiri yang menjemput saya. Orang kata kalau kita mencuba tak mustahil satu hari nanti kita akan berjaya jugak :)

Sedikit info tentang blog ini:

Pada dipertengahan bulan May 2010  wujud sebuah blog  yang mulanya menggunakan nama dan alamat http://mysimplyemma.blogspot.com. Tercetusnya idea untuk menghasilkan sebuah blog kerana terlalu taksub dengan artikel² yang pernah di baca pada blog² lain. Dalam hati bermonolog, kenapa aku tak buat blog sendiri, boleh aku publishkan sendiri idea aku yang mencurah² macam air tu.. Pada mulanya blog ini memberi tumpuan lebih kepada artikel² cinta dan beralih pula kepada blog yang menceritakan tentang personal life dan luahan hati saya sendiri. Sepanjang menjerumuskan diri dalam dunia blog, ada satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan di mana saya yang terlalu berminat dengan design sebuah blog dan cuba meniru design blognya ,tak perlulah diberitahu siapa pemilik blog itu, saya yakin pasti dah ramai yang tahu pasal tu sebab si pemilik blog pernah membuat entry mengenai hasil rekaannya yang dicuri, Harap beliau dan pun memaafkan saya. Selepas kejadian itu saya terus mencari tutorial untuk design blog sendiri, dan inilah hasil sepenuhnya rekaan saya sendiri. Dunia blog ini jugak ibarat dunia realiti bagi saya. Bila sekali kita menipu atau mencuri hasil kerja orang lain tanpa di kreditkan, pasti banyak tanggapan buruk yang akan diberi. So,saya selepas saya dah mula ikhlas saya rasa sangat selesa dan berbaloi untuk berblogging. Saya harap blog saya akan lebih di kenali keran keikhlasan.bukannya dengan perkara yang memburukkan saya sendiri. Sekian Wasalam..


dengan sukanya saya tag :

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma