Blog Cik Emma: 11/1/11 - 12/1/11

30 November 2011

Tutorial Cara Nak Check Dan Delete Virus Malware

Apa itu Malware?


Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.



Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita.

Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya. 

Cara Nak Check Malware Dalam Blog

Copy link kat bawah ni dan paste di browser korang

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=www.example.com

tukarkan www.example.com kepada url blog korang.

Cara Nak Delete Malware

Boleh tengok kat blog Cik Dil

29 November 2011

Gambar Khairul Fahmi Bersama Shida Harmi Dan Mesej Kontroversi

Speechless dibuatnya bila membaca dua screenshot Blackberry Messager (BBM) yang diemelkan kepada kami yang mana ianya dikatakan mesej antara Khairul Fahmi Che Mat atau lebih famous dengan panggilan Apek dan Shida Harmi sekitar bulan Ogos 2011. Apa tidaknya, dalam mesej tu ada kenyataan yang akan membuat sesiapa saja berkata ‘biar betul?’ atau dalam erti kata lain penuh kontroversi. Tidak percaya, anda bacalah sendiri.



Bukan itu sahaja, pengirim emel yang tidak mahu identitinya dinyatakan turut menyertakan empat keping gambar Apek bersama Shida Harmi dalam keadaan yang begitu mesra persis pasangan yang sedang hangat bercinta. Kat bawah ni gambar-gambar tersebut.





Mesra sungguh kan?

Kredit penuh zonartis.com

Misteri Jalan Lama Penuh Fantasi (Sinopsis)


Sebagai penutup tirai 2011, Tayangan Unggul bakal muncul dengan filem fantasi drama pertama arahan pengarah terkenal, Afdlin Shauki iaitu ‘Misteri Jalan Lama’. Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.8 juta ini lain dari filem arahan Afdlin sebelum ini kerana diwarnai dengan elemen fantasi yang cukup menghiburkan.

Diselitkan lagi dengan unsur komedi, suntikan segar dari Afdlin ini bakal menjadi sesuatu yang baru buat penggemar filem Melayu. Selain menampilkan kostum dan prop yang menarik, filem yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak, Hulu Langat dan Gombak ini turut menggunakan sentuhan CGI sebanyak 30%.

Jangan berharap lebih dengan teknik CGI yang digunakan kerana jika tidak pasti anda akan kecewa. Babak yang GUA tidak dapat lupakan sampai sekarang ialah ketika babak bahtera muncul di atas jalan serta durian gugur di mana GUA pasti anda semua akan tersenyum sinis. Walau bagaimanapun, GUA pasti Afdlin mampu buat lebih baik lagi jika bajet yang diberikan tinggi.


Tertarik dengan visual yang dipersembahkan dalam filem ini. Pada beberapa adegan terutamanya yang melibatkan perkampungan bunian sangat menarik. Penggunaan CGI untuk babak perkampungan bunian agak realistik dan digambarkan penuh gah. Begitu juga kostum dan solekan.

Kekuatan utama filem ini adalah lakonan Que Haidar yang boleh GUA sifatkan lakonan terbaiknya. Sayang sekali, Que bersara pada waktu kemuncaknya. Gandingan mantap Que dan Hans Issac menjadi penyelamat filem ini.

Sinopsis

Misteri Jalan Lama mengisahkan tentang dua beradik, Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster.

Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya dan ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.


ada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta menghantar Ilya ke sebuah tempat. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Jangan lupa menonton filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang telah pun menemui penonton pada 24 November 2011.

PERSATUAN BLOGGER MALAYSIA

Kepada blogger yang ingin pingkan entry korang boleh join group PERSATUAN BLOGGER MALAYSIA di facebook. Tapi sebelum tu untuk mengumpul lebih ramai blogger lagi, korang di minta untuk membuat  satu entry bertajuk "PERSATUAN BLOGGER MALAYSIA" dan letakkan banner dibawah serta linkkan ke entry ini. Tak di wajibkan untuk buat entry, tapi kalau rasa nak beri lebih sumbangan kepada blog ni amat di alu-alukan :)


Kalau boleh add saya kat Facebook 




Roshima Shella Hamzah

Create Your Badge


Dah siap semua benda yang kat atas tu korang boleh terus tinggal link kat entry ni ok :)

lepas tu boleh la join group ni PERSATUAN BLOGGER MALAYSIA


Klik Ask to join group  
Insya-Allah dengan A.S.A.P nya saya akan Accept permintaan korang :)

MISI & VISI 

kalau dah ramai nanti boleh la kita buat gathering kan :)

okey.. Terima kasih..

Wassalam..

28 November 2011

Zahiril Adzim Buat Shera Menangis


Pelakon Zahiril Adzim membuat kejutan dengan membaca puisi kepada isteri tersayang, Shera Aiyob di majlis resepsi perkahwinan mereka di Kelab Shah Alam Selangor, di sini, malam Ahad.

Shera yang mendengar bacaan puisi yang diiringi dengan lagu Dirimu Satu nyanyian Ungu lantas menitiskan air mata terharu.


"Saya sangat terkejut dan terlalu gembira sehingga menitiskan air mata," kata Shera yang anggun memakai gaun rekaan Hatta Dolmat selepas majlis tersebut berakhir.

Puisi Zahiril buat Shera:

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku."



Selain itu, majlis turut diserikan dengan kemunculan penyanyi Ana Raffali yang mendendangkan lagu Teman Jiwa yang baru dicipta pada Ahad dan lagu popularnya Kalau Berpacaran yang dinyanyikan bersama-sama bapa Shera.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan artis seperti Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Syazwan Zulkifli, Johan Asa’ari, Amar Bahrin dan Mas Muharni.

27 November 2011

KESEMPURNAAN ITU TIDAK PERNAH WUJUD


Kenapa dia tinggal aku? Apa salah aku? Tak cukup baik ke aku ni?


Kita bemonolog sendirian, mencari apa kesilapan dan kekurangan diri sendiri. Tapi kita tak pernah jumpa kesalahan diri sendiri,  malah kita sering menyalahkan orang lain.

Alaahh..mesti dia ada orang lain, sebab tu dia tinggal aku!!


Cuba kita cari di mana kekurangan kita sendiri. Lihat di setiap sudut diri kita, adakah kita ini cukup sempurna untuk menyalahkan dan menghukum orang lain?

Sebagai manusia sememangnya kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tak perlulah kita menyalahkan dan berusaha mencari kesilapan ornag lain. Kerana kita sendiri tidak sempurna, kita juga hamba Allah,jangan cuba untuk mencari kesempurnaan diri. Jadilah diri sendiri, itu lebih baik.


Hadis Kesempurnaan


Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )

Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Sandiwara Dunia Blogging


Blogger A: Ish, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.

Blogger B: Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.

"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."

***

SISI PUTIH: Hey you!

SISI HITAM: What?

SISI PUTIH: What are you doing?

SISI HITAM: What? Who are you?

SISI PUTIH: Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.

SISI HITAM: Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.

(Putih + hitam = kelabu = neutral )

SISI KELABU: My name is Ali.

SISI HITAM: Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.

SISI PUTIH: Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi S.A.W pun ada nama Ali.

SISI HITAM: Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?

SISI PUTIH: Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.

SISI HITAM: Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.

SISI PUTIH: Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?

SISI KELABU ALI: What the...huh?

SISI HITAM: Kau nak buat apa?

SISI PUTIH: Awak shut up, Blackie. Ok my baby, you're ready. Let's get into our lesson, hayya nabda'!

***

Kenapa Perlu Dengki?

Wahai Ali...

Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.

SISI KELABU ALI: Dah..sudah! *menangis*

Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.

Kenapa awak perlu dengki?

Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...

SISI KELABU ALI: Melainkan apa?

Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.

***

Untuk apakah penulisanmu?

Wahai Ali...

Untuk apakah penulisanmu?

Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?

What's wrong with you?

Untuk apakah penulisanmu?

Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?

Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.

Wahai Ali...

Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.

Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.

SISI KELABU ALI: *terasa* *hatinya menangis* *pedih*

***

Menulislah Hanya Kerana Dia.

Wahai Ali...

Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?

Awak menulis untuk apa?

Untuk dapat follower ramai?

Untuk dapat komen terbanyak?

Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?

Pernah awak tanya diri awak semua itu?

Lagi, awak menulis untuk siapa?

Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?

Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?

Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?

Wahai Ali...

Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.

Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.

***

Ketuk Hati Tanya Iman.

Wahai Ali...

Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?

Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?

Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?

Wahai Ali...

Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.

Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?

***


Wahai Ali...

Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya. Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia. Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan Iman.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan.

Biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan Iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T agar apa yang ditulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di Akhirat sana.

Wahai Ali...

Carilah Akhirat dalam dunia.

***

"Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma'annajah!"

SISI KELABU ALI: *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*

SISI PUTIH: Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?

SISI KELABU ALI: *diam*

SISI PUTIH: Ali? Baby?

SISI KELABU ALI: Huwaaaaa!!!!

SISI HITAM: Eh, ni kenapa ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.

SISI PUTIH: *senyum* awak tanyalah dia.

SISI KELABU ALI: Ali dah insaf. Sob, sob *mengesat air mata*

SISI HITAM: Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.

SISI KELABU ALI: Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.

SISI PUTIH: Hehe. Awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.

SISI HITAM: Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.

SISI KELABU ALI: Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*

SISI HITAM: Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.

SISI KELABU ALI: Ali kata tak nak! Tak nak jugak!

SISI HITAM: Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*

SISI PUTIH: Good kid.

***

Sisi hitam tidak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat.

Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredhaan-Nya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah Akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung.

Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari redha Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti dirimu bahagia.

Kredit : ILUVISLAM

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari


1.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam

Lazatkah Maksiat?


Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.

Apabila Rasullulah s.a.w menyebut "halawah-al-iman" (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis.

Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini?

Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama.

Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya.

Tika itu, masih lazatkah jiwa? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat.


Tidak Memberi Cahaya dalam Hidup

Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad.

Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat?

Mungkin ada yang keliru, "Kenapa ada kawan saya ni, Nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?"

Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini.

Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat.

Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan dia bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.

Kalau begitu pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang.

Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana.

Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan!

Imam al-Syafi' pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat."

Disempitkan Hidup

Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit.

Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?

Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya?

Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?

Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati.

Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat.

Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.

Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.

Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."

Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.

Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat.

Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.

Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .

Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.

"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini" (surah al-Fajr 89:24).

Sama-sama kita muhasabah semula diri kita. Lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri. Wallahua'lam.

26 November 2011

Honeymoon Sebelum Masanya



Segala puji hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Maha Suci Allah yang menciptakan kami ummat manusia, yang punyai akal, punyai emosi juga nafsu.

Terima kasih Allah, dan ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, sungguh kami makhluk yang mudah benar lupa dan alpa.

Lalai dalam melaksanakan amanah dan suruhan. Mudah pula membuat kerosakan dan melanggar suruhan-Mu. Astaghfirullahalazim...

Dewasa ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Hampir setiap hari kita dijamukan dengan berita yang menyedihkan, kes buang bayi. Bunuh bayi. Campak bayi. Bakar bayi. Tanam bayi. 'Flush' bayi dan macam-macam hal lagi yang tidak terfikir dek akal.

'Hebatnya' akal ciptaan Allah namun mengapa manusia sering menyalahgunakannya?

Mana perikemanusiaan?

Mana rasa takut dan gentar kepada hukuman-hukuman Tuhan?

Mana perasaan belas?

Allahurabbi.

Mungkin bukan perkara baru. Buang bayi sudah lama sinonim dengan masyarakat kita.

Namun apa yang kian menyedihkan adalah kerana kebelakangan ini, masalah keruntuhan moral ini kian merebak dan menular ke dalam masyarakat kita, ibarat barah yang tidak mampu dikawal, menyelinap dan melibatkan pelbagai lapisan umur. Menakutkan.

Banyak kes buang bayi melibatkan remaja bawah umur. Apatah lagi mengandung anak luar nikah. Astaghfirullahalazim. Apa sudah jadi. Apa nak jadi?

Mana salahnya, mana silapnya?

Adakah kerana silap kita sebagai masyarakat yang tidak cakna dan bersikap tidak ambil peduli? Merujuk kes kanak-kanak yang didera sampai mati.

Bukankah ibunya bersekedudukan dengan kekasihnya ketika suaminya dipenjara? Apakah masyarakat terutama ibu bapa kepada wanita tersebut tidak pernah ambil kisah?

Bersikap tidak peduli dan lepas tangan? Itu baru satu contoh, sedangkan disekeliling kita, banyak lagi kes-kes yang lebih kurang serupa.

Apa peranan kita sebagai masyarakat dalam usaha membanteras gejala masalah sosial yang makin memburuk?

Remaja (kanak-kanak) berusia semuda 13 tahun juga buang anak!

Bayangkan, adik-adik kita di rumah, anak-anak kita yang berbaju kurung bertudung putih ke sekolah, sopan dan manis sekali, tapi hakikatnya mereka terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

Jangan terlalu yakin bahawa anak-anak dan adik-adik kita itu kekal selamanya bebas dari anasir-anasir jahat?

Jangan terlalu berpuas hati dan percaya kepada mereka bulat-bulat.

Kadangkala, perasaan ingin tahu, curiga dan syak wasangka itu perlu. Luangkan masa, siasat dengan siapa anak kita berkawan.

Periksa beg sekolah anak-anak. Jika ada handphone tengok senarai nama dalam telefon anak-anak.

Periksa apa ada dalam hanphone anak-anak. Selidik ada apa dalam bilik anak-anak.

Itu tanggungjawab ibu dan bapa, sebagai usaha mencegah sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi.

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan dan setiap dari kita harus sentiasa berhati-hati.

Mungkin hari ini kita bertudung labuh, tidak pernah bergaul dengan lelaki apatah lagi berzina.

Tapi tahukah anda? Bukan perkara mustahil, malahan di IPTA juga kita sering 'dikejutkan' dengan kes gadis bertudung labuh ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki. Na'uuzubillah.

Bukan niat saya ingin memburuk-burukkan mereka yang bertudung labuh, atau berkopiah (baik budi pekerti).

Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, kita manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan dan nafsu jahat. Jangan mudah berpuas hati dengan amalan yang kita ada.

Jangan terlalu yakin dengan 'tahap keimanan' kita. Paras keimanan kita sentiasa berubah-ubah, ada naik dan turun.

Mungkin hari ini kita terpelihara oleh-Nya dari sebarang kemungkaran tapi esok lusa siapa tahu?

Mungkin juga kita menjadi hamba nafsu dan syaitan. Na'uuzubillah.

Oleh yang demikian. Teruskanlah dan kekalkanlah. Sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Jangan biarkan diri terdedah apatah lagi terjebak dalam gejala zina.

Perbuatan haram yang dilarang oleh Allah pastinya bersebab.

Namun begitu, kita manusia sering merasa 'lazat' ketika memilih yang haram.

Mengapa dan kenapa terjadi begitu?

Apakah kerana ketika melakukan kemungkaran syaitan ikut sama?

Bergembira dan bersorak sorai?

Jadi dengan itulah kenikmatannya berganda-ganda?

Bahagiakah hati jika menjadi hamba dan sahabat syaitan?

Bahagiakah jiwa yang dicipta oleh Sang Pencipta dengan kenikmatan yang sementara itu?

Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila?

Sedangkan mati bila-bila masa saja akan datang berkunjung. Layakkah kita mencium haruman syurga apatah lagi menjadi penghuni syurga jika kita mati dalam kemungkaran?

Cukup kuatkah kita untuk diseksa dan diazab di neraka? Na'uuzubillah.

Bersyukur jika kita tidak pernah terjebak dengan zina. Dan seandainya kita sudah atau telah terlibat, segerakanlah bertaubat. Jangan bertangguh. Mohon ampun dan kemaafan dari-Nya.

Ramai orang (merujuk kepada thread-thread yang dibuka di iluvislam.com) risau dan runsing memikirkan masa depan, siapa yang sudi mengambil diri sebagai isteri.

Bagaimana penerimaan orang akibat daripada keterlanjurannya.

Dan ramai yang lupa, hidup di dunia cuma sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.

Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Bertaubatlah, mohon ampun dari Allah. Selebihnya, serahkan kepada Dia untuk tentukan jalan hidup kita.

Moga-moga ada sinar bahagia menanti di hadapan, tapi usah terlalu berharap.

Andai kebahagiaan selamanya tidak menjadi milik kita di dunia, berbaik sangka, mungkin Allah ingin terus menguji dan mungkin juga Allah sedang 'menyucikan' kita dari dosa-dosa silam.

Biarlah sengsara di dunia yang sementara, asalkan di negeri abadi kelak, syurga menjadi tempat kita mengutip bahagia.

Mari. Sebagai mereka yang cakna dan peduli tentang nasib ummah, masyarakat sekeliling kita.

Ayuh! Kita berganding bahu, membantu selagi termampu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan dan kewajipan untuk menjauhi dan mencegah zina.

Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya.

Ketahuilah, persetubuhan antara lelaki dan wanita juga merupakan antara nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Namun janganlah kita kotorinya dengan memilih untuk berzina. Bersabar dan pelihara diri dan kemaluan.

Tunggu masa yang betul untuk melunaskannya. Yakni selepas nikah.

Jangan mengambil mudah soal dosa dan pahala kerana akibatnya buruk, hanya Allah yang lebih tahu.

Jangan beri peluang kepada syaitan untuk menggoda dan menghasut kita melakukan kemungkaran.

Sesungguhnya syaitan itu benar-benar licik dan berpengalaman dalam menyesatkan umat manusia. Marilah kita saling mengingatkan.

Moga Allah melindungi kita dan seluruh muslimin dan muslimat. Ingat mati. Ingat mati. Ingat mati.

Dunia hanya sementara. Mati itu pasti. Akhirat itu kekal abadi.

Awak...



"Cantik baju awak malam ni..."

"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."

"Awak, malam ni malam apa ye ?"

"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"

"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."

"Oh,awak... Saya nak cakap sesuatu la malam ni."

"Apa dia? Cakap je la."

"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu ?"

"Dah lapuk cerita tu... Abaikan je la."

"Awak, kita orang Islam kan?"

"Yeah, for sure la..."

"Kita ni Islam atas nama je, kan?"

"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni?"

"Saya takut la awak... Malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. Awak tak takut mati ke?"

"Isy... stop talking nonsense la."

"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"

"So?"

"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."

"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"

"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni."

"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."

"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada specific hari. Awak, saya takut wak..."

"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."

"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."

"Awak ni dah mengarut ni..."

"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."

"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"

"Kita clash! Itu yang terbaik wak."

"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"

"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."

"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."

"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."

"Dah, jom balik."

"Takpela awak, saya balik sendiri."

"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."

Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Dia.

Malangnya, tidak lagi bernyawa.

Dijemput malaikat terlebih dahulu.

Maka, tiada lagi peluang baginya.

Tiada lagi sesalan baginya.

Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.

Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.

.......

"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."

"Awak..."

"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"

"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"

"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."

"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

25 November 2011

Biodata Nazmi Faiz


Name : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansoor

Nama Panggilan : Nazmi

Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994

Umur : 17 Tahun

Posisi : Tengah

Pasukan : Harimau Muda B

Antarabangsa : Harimau Muda (Bawah 23)

Jurulatih Individu : Ujang9897

*********************

Ini petikan dari UTUSAN mengenai SPM Nazmi Faiz

Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau,” kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata, walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka,” katanya

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan


Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun itu pada Jumaat.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya.

BIODATA NAZMI FAIZ

Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.

Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.

Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.

Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Ungkapan-Ungkapan romantis seperti

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".

Renungilah Firman-Firman ALLAH:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

'Awek' Zaman Sekarang


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.

Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.

Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.

Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)

Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.

Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.

Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!

Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Jangan Sesekali Kamu....



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Harimau Muda belum menyerah kalah


KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia.

Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan.

Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi semangat kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan Bahrain Ahad ini.

Kim Swee tidak mahu memikirkan kekalahan ke atas Syria itu kerana sebelum perlawanan tersebut, sebahagian besar pemainnya belum pulih daripada kecederaan.

Kini, dia mahu bangkit pada aksi menentang Bahrain apabila beberapa tonggak skuad Malaysia kembali berada dalam kesebelasan utama.

Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dilaporkan bersedia diturunkan pada aksi Ahad ini dan kehadiran mereka akan memberi banyak pilihan kepada Kim Swee untuk merencanakan kesebelasan utamanya.

24 November 2011

Air Mata Aaron Aziz


Jika sebelum ini kebanyakan watak pelakon ini di layar perak ialah watak yang memerlukannya beraksi ganas dan adegan lasak. Namun, berbeza sekali penampilan pelakon Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu.

Dalam filem arahan Osman Ali, Aaron yang memegang peranan sebagai Hariz pada beberapa adegan mampu untuk mengalirkan air mata sekaligus membuatkan penonton terpesona dan terbuai dalam penghayatannya akan turut mengalirkan air mata.

“Memang saya cengeng dalam filem ini. Saya mengaku. Bila menghayati watak Hariz itu tiba-tiba air mata saya jatuh. Ia berlaku secara spontan kerana saya begitu taksub dengan watak tersebut. Saya harap penonton menyukainya dan berpeluang untuk menonton sendiri sisi lain yang ada dalam diri Aaron.” akui Aaron.

Sisi lain yang dimaksudkan adalah kredibiliti lakonannya yang boleh diletakkan cop terbaik berbanding filem-filemnya sebelum ini. Bukan sesuatu yang mudah untuk membawa watak Hariz yang pelbagai sifat dan emosinya. Lebih-lebih lagi apabila penggambaran filem ini dilakukan selepas Aaron beraksi lasak dalam filem K.L.Gangster.

“Kalau seseorang itu mahu menjadi pelakon, perlu ada “programme channelling”. Kita kena pandai tukar. Alhamdulillah untuk Aaron, ia berlaku dengan mudah. Ia mudah kerana kita ini manusia yang sentiasa diselubungi pelbagai perasaan. Sebagai manusia, mesti wujud perasaan sedih, kecewa, kehilangan, marah dan sebagainya.

“Kita kena pandai cari lah. Bila dah selalu buat, mungkin senang untuk kita dapat. Memang pada mulanya lambat, tapi lama kelamaan ia akan menjadi mudah,” terang Aaron yang mampu membuatkan hati kecil kita menangis sewaktu menonton filem tersebut.

Hero idaman masyarakat Melayu ini telah pun membintangi naskhah dari lima buah novel yang diadaptasi ke drama, teater atau pun filem. Antaranya teater Badai Semalam, drama Nora Elena (Kasih Suci), Stanza Cinta, Adam & Hawa dan yang terbaru filem Ombak Rindu.

“Sekiranya saya membintangi drama atau filem yang diadaptasi dari novel, saya tidak pernah membaca novel-novel tersebut. Saya dah bintangi drama/filem yang diadaptasi dari 5 buah novel, satu pun saya tidak pernah baca.

“Orang cakap bila membaca novel tersebut, ia akan membantu saya mendapatkan penghayatan dalam watak saya. Saya tidak gemar membaca novel sebelum berlakon. Sangat berbeza bila saya tidak membaca kerana apa yang diarahkan oleh pengarah dan skrip yang ditulis selalunya berbeza dengan novel. Oleh itu, saya lebih selesa untuk tidak membacanya. Saya lebih gemar mendapatkan rasa itu sendiri,” tambah Aaron lagi.


Melihatkan wajahnya yang sering menjadi pilihan penerbit untuk memegang watak dari novel yang selalunya ditulis oleh penulis wanita, Aaron tidak merasakan dia ialah lelaki sempurna yang selalu digambarkan oleh penulis novel.

“Saya tidak pernah memikirkan yang saya cukup sempurna untuk setiap produksi yang saya bintangi. Novel-novel tersebut telah pun ditulis dahulu sebelum saya membintangi naskhah tersebut. Mungkin pada pandangan penerbit yang merasakan watak-watak dalam novel tersebut yang sesuai dengan saya,” jelas Aaron yang baru saja selesai pementasan teater Badai Semalam di Istana Budaya pada Ahad lalu.

Berpuas-hati dengan hasil kerjanya dalam filem tersebut, Aaron yakin kerjasama sepasukan adalah kunci utama kejayaan menghasilkan filem itu.

“Jarang sekali kita dapat naskhah yang bagus. Pasukan teknikal yang bagus. Pelakon yang bagus. Keseluruhan produksi Ombak Rindu ini lengkap kesemuanya. Kita telah melaksanakan yang terbaik untuk memberikan keadilan kepada novel tersebut.

Filem Ombak Rindu turut dibintangi Maya Karin, Lisa Surihani, Azizah Mahzan, Normah Damanhuri, Zaidi Omar dan ramai lagi. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures itu bakal menjengah pawagam pada 1 Disember depan.

Lirik lagu : Selamanya- Ultras Malaya



Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah

Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat
Pernah kah ada harimau yang jinak
Jawapan nya tidak semestinya lincah
Penyokong di stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia kami ceria

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

Gambar Kapten Harimau Malaya Dimonyetkan

Peminat fanatik bola sepak Indonesia telah kembali melampau apabila memonyetkan gambar kapten pasukan bola sepak Malaysia, Badrul Bakhtiar baru-baru ini. Tidak cukup dengan menggodam laman web bola sepak Malaysia, peminat fanatik bola sepak Indonesia turut mengeluarkan kata-kata kesat di dalam laman social Facebook



Peminat Indonesia sangat suka provokasikan pemain dari Malaysia. Tak sedarkah mereka, rakyat mereka berlambak-lambak jugak cari makan kat sini. Tak perlulah menegakkan benang yang sudah basah. Adat permainan, pasti ada yang kalah.

SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!!

Nuffnang Oh Nuffnang!

Assalamualaikum..



Cerita pasal Nuffnang, sebelum raya puasa yang lepas aku rasa BE aku ada tiga or empat. Tup² sedar tak sedar tengok balik tinggal satu ja BE aku..Sedih woo.. Kelmarin dok belek² akaun Nuffnang tengok kat bahagian Earning BE aku da dua balik. Thanks A lot Nuffnang. Aku kena kekalkan kadar kunjungan kat blog aku, lagi lebih lagi bagus kan, boleh dapat BE lagi. Insya-Allah..

KEYWORD

Pencarian melalui search engine, ada la jugak yang bwak visitor ke blog aku. Haha.. Tengok la apa yang depa search


SEMOGA BLOG AKU AKAN TERUS MAJU JAYA . INSYA-ALLAH

Wassalam..

23 November 2011

Tips Pujuk Lelaki Yang Merajuk





Berikan lelaki ruang untuk bersendirian

Bila seorang lelaki merajuk, bererti dia memerlukan ruang untuk bersendiri. Dalam erti kata lain, ingin mencari ketenangan fikiran. Bersendirian membolehkan lelaki mencari punca masalah & cara mengatasinya. Lelaki akan mencari semua pilihan penyelesaian yang ada untuk mengatasi perkara yang merunsingkan fikiran. Jadi anda kenalah beri ruang untuk lelaki.


Sentiasa memberikan lelaki sokongan

Jika anda lihat dia sedang berdiam diri sambil menghadap televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan saja. Jangan tukar rancangan yang dia sedang tonton ke rancangan yang anda gemari. Biarkan dia dengan dunianya. Biarpun pada pandangan kasar dia seperti menonton tv, hakikatnya dalam diam akal fikiran lelaki sedang berfikir dan mencari jawapan terhadap apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang terbaik untuk anda tunjukkan kasih sayang anda pada masa ini? Biarkan dan hormat apa lelaki sedang lakukan. Semakin anda fahami dan tak mengganggu lelaki, semakin cepatlah hilang merajuknya.

Jangan banyak bertanya

Di kala lelaki sedang merajuk, jangan cuba menunjukkan anda simpati dan ingin tahu apa masalah lelaki. Jangan bertanyakan soalan-soalan kenapa dan mengapa kepada lelaki. Anda hanya akan mengganggu lelaki dalam tumpuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya anda degil, lelaki akan lebih menjauhkan diri dan tidak memberi respon.

Buat sesuatu yang dapat menggembirakan hati

Sementara lelaki sedang di dalam tempoh “merajuk”, iaitu fasa ingin bersendirian tanpa gangguan. Cuba anda lakukan benda-benda yang dapat menggembirakan hati anda. Contohnya shopping bersama rakan-rakan atau keluarga, membaca novel kegemaran anda, menonton rancangan televisyen yang anda suka, memasak atau menjahit. Dengan berbuat sebegini, anda memberi kerjasama@pertolongan secara tidak langsung terhadap lelaki yang anda sayangi itu. Sememangnya lelaki ketika itu ingin bersendirian dan tak ingin diganggu.

APA KATA SURVEY: PEREMPUAN KAHWIN DENGAN LELAKI LEBIH MUDA


Sekarang ini, perkahwinan di bina berdasarkan cinta, kasih sayang dan kesefahaman yang dicapai bersama. Jarang-jarang kita mendengarkan ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencari pasangan untuk anaknya. Satu ketika dahulu, banyak perkara yang dititik beratkan dalam mencari pasangan. Taraf, pangkat, harta, keturunan, agama dan tidak lupa juga faktor umur memainkan peranan dalam memilih pasangan. Tidak dinafikan agama merupakan faktor yang paling penting dalam mencari pasangan. Kebiasaannya, lelaki akan mencari perempuan yang lebih muda atau sebaya dengannya.

Memikirkan hal ini penulis terpanggil untuk membuat satu survey di kalangan rakan-rakan penulis pandangan mereka terhadap perempuan yang berkahwin dengan lelaki lebih muda dari mereka.

Boleh dikatakan kesemua mereka mengatakan itu tidak lagi menjadi masalah pada zaman sekarang asalkan pasangan tersebut saling menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam merealisasikan objektif perkahwinan itu sendiri. Suami yang lebih muda dari isteri juga perlu ‘matang’ dalam menguruskan rumah tangga dan mampu untuk menjadi ketua keluarga yang baik. Si isteri juga perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga walaupun di lebih tua dari si suami. Ini kerana, kita pernah ‘dimomokkan’ dengan cerita jika suami lebih muda dari isteri, si isteri akan bersikap ‘queen control’ dan ego dengan suami.

Ada juga pendapat mengatakan jika suami lebih muda dari isteri, apabila mencapai waktu 40-an si isteri sudah kurang berkeinginan terhadap seks dan si suami masih ‘menginginkan’ layanan seks. Ini dikhuatiri si suami akan mula kurang cintanya pada si isteri sehingga sanggup ‘makan luar’ dan poligami (bukan kerana tujuan poligami yang mengikut syariat).

Dari pandangan-pandangan yang saya terima, kesimpulannya disini perempuan berkahwin dengan suami yang lebih muda tidak akan menjadi menjadi masalah sekiranya pasangan tersebut sanggup untuk hidup bersama dan memainkan peranan dan menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan sebenar-benarnya. Ini kerana objektif perkahwinan itu sendiri tidak meletakkan seks semata-mata dalam perkahwinan. Tambahan pula, tidak ada dalil atau nas al-quran dan juga enakmen undang-undang melarang perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Sejarah juga mengatakan Nabi Muhammad S.A.W yang berumur 25 tahun ketika itu berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri dalam mewujudkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Wallahu’allam.

Yuna Sahkan Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik


Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).
 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma