Blog Cik Emma: NABIL (RJ) DAN NAZIRAH AYUB KAHWIN BULAN SEPTEMBER INI

16 August 2011

NABIL (RJ) DAN NAZIRAH AYUB KAHWIN BULAN SEPTEMBER INI


Tahniah buat Nabil juara Raja Lawak musim kedua kerana bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis cantik molek pilihannya Nazirah Ayub. Bakal isteri Nabil ini adalah bekas pramugari Air Asia. Perkenalan mereka sudahpun berusia 6 tahun. Elok sangatlah Nabil mengambil keputusan sebegini dan bersesuaian dengan masanya. Lagipun dah lama benar mereka berkenalan walaupun sebelum ini tidak semesra sekarang.
Gambar Nabil bersama bakal isterinya Nazirah a.k.a Zira

Kenapa Nabil tertarik sangat dengan gadis yang bernama Nazirah ini? Ini jawapan darinya :

Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan iklas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.

Pasangan merpati dua sejoli ini yang sama cantik sama padan memilih tarikh 30 September 2011 sebagai hari bersejarah dalam hidup mereka sebagai pasangan sah suami isteri, diikuti majlis resepsi yang akan berlangsung di I-City Shah Alam pada 2 Oktober 2011.

Dikesempatan ini Nazzue ucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Semoga pautan ikatan perkahwinan tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. 

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma