Blog Cik Emma: Kelukaan Pasti Terubat..

03 July 2011

Kelukaan Pasti Terubat..



Sejak mula mengenal cinta.. Waktu itu juga lah kita akan merasa terluka.. Terluka dengan sikap pasangan itu sudah semestinya.. Bagi saya laa kan.. Kita semua memang patut rasa terluka ..kerana luka tu akan mengajar kita untuk lebih matang untuk mengendalikan hubungan cinta.. Mustahil lah kan kita tak pernah kecewa..? Setiap perhubungan pasti ada geloranya..

Yang penting dalam perhubungan cinta, kita mesti bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku..Mungkin kita akan di kecewakan, akan di tinggalkan oleh orang yang kita sayang.. Bak kata pepatah Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. Macam tu jugak la cinta.. Kita tak kan menduga bila ombak besar akan melanda hubungan kita.. Justeru itu kita perlu bersedia untuk menerima semua itu..

Setiap yang terluka pasti akan menemui penawarnya.. Mungkin kelukaan yang kita rasa itu hanya sementara saja.. Insyaa-Allah kebahagiaan akan datang menemui kita akhirnya.. Jadikan setiap pengalaman sebagai panduan dan pengajaran supaya kita lebih berhati2 dalam hubungan percintaan...




Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun sebagai insan biasa kita terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui...

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma