Blog Cik Emma: hari 2- Pengalaman paling pahit yang pernah anda lalui

09 July 2011

hari 2- Pengalaman paling pahit yang pernah anda lalui

Pengalaman pahit nie toksah cerita la.. Banyak.. Masa umur aku 6-7 tahun  (1996-1997) aku menghidap penyakit buah pinggang di peringkat awal.. Walaupun masa tu aku kecik lagi.. Aku rasa tak syok la.. Tiap2 minggu kena pi buat rawatan susulan cuci buah pinggang.. Tapi Allhamdulillah berkat doa dan usaha mak aku yang rajin bawaka aku pi hospital, sekarang aku sihat walafiat..

Bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah.. Tahun 2003.. Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama kakak aku, waktu tu kami nak lintas jalan, tak tunggang motosikal, tak nai kereta pun..Tengah tunggu nak melintas tu tiba2 ada kereta datang terus langgar kami.. Di sebabkan kejadian tu aku patah peha kiri , akak aku pulak patah kaki kanan dan tangan kiri.. Malangnya orang yang langgar kami tu cabot lari.. Sampai la sekarang dah tahun 2011.. Tak per la.. Mungkin Allah dah bagi balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat..

Pengalaman yang aku lalui tu tak kan aku lupa sampai bila2... Memang terlalu pahit untuk aku telan... Dan aku bersyukur kehadrat Allah kerana bagi aku peluang untuk melihat dunia ini lagi...

2 comments:

YopDaLagend said...

hurm.kesian membacanya.takpe.toh namanya dugaan.kalau kita rasa dugaan kita toh berat,mesti ada lagi orang berat bebannya dari kita.

♥ cιк єммα ♥ said...

aper boleh buat kan dear.. dah takdir...

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma