Blog Cik Emma: Habis Madu.. Tapi SEPAH Tak Habis-Habis Lagi!

25 June 2011

Habis Madu.. Tapi SEPAH Tak Habis-Habis Lagi!



Tahniah buat Juara Maharaja Lawak 2011,SEPAH yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Ternyata memang Sepah layak menjulang takhta Maharaja Lawak. Selama 13 minggu di pentas Maharaja Lawak, mereka tak pernah menghampakan penonoton dan penyokong-penyokong mereka.

Kesemua tiga-tiga anggota kumpulan Sepah itu mempunyai watak dan peranan masing-masing yang sangat menarik hati. Nazri atau lebih mesra di panggil Jep , adalah seorang tonggak utama kumpulan Sepah, setiap telatah dan percakapannya sangat selamba, begitu juga Mamat dan Shuib ,kedua-dua mereka jugak sangat berpengaruh dalam memainkan peranan masing-masing.. Malam ini ternyata mereka berjaya mencuri hati penonton dengan sketsa perompak dan ustazah Dr. Bahyah Mahmud, seterusnya task yang kedua sketsa yang mencuit hati, babak suami isteri yang bertengar di sertai dengan kehadiran Dafi bertambah memeriahkan suasana..





Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 Sepah








Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 Sepah Part 2








Keputusan Juara Maharaja Lawak Akhir



Keputusan penuh undian Jozan di tempat kedua, Nabil di tempat ketiga dan Jambu di tempat yang keempat. Tahniah buat mereka...Apa-apa pun Sepah Baik Punya!!!

No comments:

 
Copyright© All Right Reserved by Cik Emma